ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD atasi pendapatan Tesla buat kali pertama pada suku ketiga

Berita Global

Views

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD mencatatkan kenaikan 11.5 peratus keuntungan bersih suku ketiga apabila ia ia mengekalkan momentum jualan yang kukuh dibantu oleh insentif tukar beli oleh kerajaan.

Keuntungan bersih meningkat kepada 11.6 bilion yuan (AS$1.63 bilion) pada suku Julai hingga September, kata syarikat itu dalam makluman kepada bursa saham. Untuk tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih meningkat 18.1 peratus kepada 25.2 bilion yuan.

Hasil suku ketiga meningkat 24 peratus kepada 201.1 bilion yuan (AS$28.24 bilion), kemenangan pertama yang jelas untuk BYD pada hasil suku tahunan berbanding Tesla sejak pembuat kereta China itu berhenti mengeluarkan kenderaan enjin petrol pada 2022.

Pendapatan Tesla untuk suku Julai hingga September mencapai $25.2 bilion. Kedua-dua syarikat itu hampir terikat pada suku keempat 2023 dari segi pendapatan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Tesla masih mengatasi BYD dari segi jualan EV di seluruh dunia pada bulan Julai hingga September.

BYD, yang menyumbang lebih daripada satu pertiga daripada jumlah jualan EV dan hibrid plug-in di China tahun ini, memecahkan rekod jualan bulanan pada September dan jualan suku tahunannya juga meningkat pada suku ketiga.

Bulan lalu, jualan kereta China merosot lima bulan akibat rangsangan subsidi, demikian menurut data industri.

Sehingga akhir Oktober, 1.57 juta pemohon telah mendaftar untuk mengambil peluang daripada subsidi kerajaan sehingga lebih daripada AS$2,800 setiap seorang untuk menjual kereta lama bagi mendapatkan kenderaan yang lebih mesra alam.

Kerajaan tempatan di China juga telah memberikan sehingga 20,000 yuan sebagai subsidi tambahan kepada pembeli EV dalam skim yang akan tamat tempoh pada akhir tahun ini. BYD telah mendahului pertumbuhan dengan diskaun agresif untuk model terlarisnya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Suku terbaik didorong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh dalam jualan hibrid plug-in, yang melonjak 75.6 peratus tahun ini kepada 685,830 unit pada suku ketiga, hasil daripada teknologi hibrid plug-in generasi terbaharu yang menjimatkan lebih banyak kos bahan api pengguna.

Sebagai perbandingan, pertumbuhan jualan BYD bagi EV tulen (bukan hibrid) turun 2.7 peratus kepada 443,426 unit pada suku terbabit dan ia telah kehilangan bahagian dalam segmen EV kepada pesaing EV lain di China, menurut pengiraan Reuters.

BYD, yang masih menjual lebih daripada 90 peratus keretanya di China, menetapkan sasaran jualan tahunan yang lebih tinggi untuk tahun ini, demikian menurut laporan Morgan Stanley pada bulan September.

BYD, yang mengetuai eksport ke pasaran Eropah walaupun berdepan tarif tambahan, menjual 94,477 kereta di luar negara pada suku ketiga, meningkat 32.6 peratus daripada tahun sebelumnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply