ARKIB

KATEGORI

Buletin

BYD raikan pengeluaran ke-500,000 unit ATTO 3

Berita Tempatan

Views

BYD baru-baru ini telah meraikan pengeluaran ke-500,000 unit ATTO 3 di kilangnya di Hefei. Angka setengah juta unit ini berjaya dicapai hanya dalam tempoh 19 bulan selepas pelancarannya.

ATTO 3 merupakan kenderaan NEV terlaris di beberapa negara, termasuk Singapura, New Zealand, Thailand, Israel, dan Sweden. Sehingga kini, kenderaan penumpang BYD telah beroperasi di lebih daripada 50 negara dan rantau.

Model SUV elektrik itu muncul sebagai NEV terlaris di Israel selama sembilan bulan berturut-turut dan kini merupakan kenderaan elektrik tulen terlaris di Thailand sejak Ogos 2023.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia dibina berasaskan pelantar e-Platform 3.0 BYD yang menawarkan prestasi cemerlang dalam aspek kepintaran, kecekapan, keselamatan, dan juga estetika.

ATTO 3 menampilkan bahasa reka bentuk “Wajah Naga” yang diinsirasikan daripada elemen kebudayaan China yang berabad lamanya, digandingkan pula bersama dengan unsur global kontemporari.

SUV elektrik ini dikuasakan oleh ‘Bateri Blade’ BYD yang menawarkan keselamatan dan jarak yang besar.

Bukan itu sahaja, ia turut menerima penarafan 5-bintang daripada Euro NCAP serta menerima pelbagai anugerah, antaranya “2022 New Zealand Car of the Year” dan “VAB Electric Family Car of the Year of Belgium“.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai pengeluar bateri, BYD adalah pelopor dalam teknologi bateri dan tetap komited kepada inovasi lestari.

Pada tahun 2022, ia menghentikan pengeluaran kenderaan ICE bagi mememberi tumpuan sepenuhnya kepada kenderaan BEV dan PHEV.

Ini sekali gus menghasilkan penjualan kenderaan penumpang tenaga baharu sebanyak 1.86 juta unit dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan NEV terlaris di dunia.

Denganvisi “Mendinginkan Bumi sebanyak 1°C,” BYD terus memanfaatkan inovasi teknologi untuk kehidupan yang lebih baik, memajukan mobiliti lestari untuk masa depan yang lebih cerah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply