ARKIB

KATEGORI

Buletin

AmGeneral Insurance Berhad kini dikenali Liberty General Insurance Berhad

Berita Tempatan

Views

Bagi memperkukuh kedudukan mereka sebagai sebuah syarikat insurans am terkemuka di Malaysia, AmGeneral Insurance Berhad kini dengan bangganya dikenali sebagai Liberty General Insurance Berhad (Liberty).

Syarikat kini memiliki lebih tiga juta pelanggan serta lebih 8,000 ejen dan rakan yang cukup berdedikasi. Perkhidmatan yang disediakan adalah dari tiga jenama terkemuka iaitu Liberty Insurance, Kurnia Insurans, dan AmAssurance.

Jenama-jenama ini menjanjikan rangkaian liputan yang unik dan meluas, merangkumi motor, rumah, perniagaan dan insuran kesihatan.

Liberty kini mula beroperasi di ibu pejabat baharunya iaitu Menara Liberty Insurance yang terletak di Pavillion Damansara Heights.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liberty General Insurance Berhad, Puneet Pasricha (Pasha), pihaknya teruja dengan pelbagai kemungkinan yang dibawakan dari hasil penggabungan ini memandangkan ia membolehkan mereka memberikan hanya yang terbaik.

Pasha turut memperjelaskan bahawa Liberty kini sedang menggerakkan misi untuk bergelar syarikat insuran dengan keuntungan terbesar, syarikat insuran pilihan selaku jenama yang paling dipercayai di Malaysia dan mempunyai persekitaran kerja yang terbaik.

Misi ini akan dipacu oleh penjaminan kewangan dan inovasi produk terbaik, dengan memanfaatkan dapatan analitik dan data, serta kemajuan teknologi, pengalaman khidmat pelanggan yang luar biasa serta pengamalan DEI dan ESG yang bertanggungjawab.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selari dengan prinsip-prinsip utama syarikat iaitu integriti, keuntungan dan pembangunan, semua orang kini boleh menikmati kebebasan dalam melakukan perkara yang mereka suka, menyedari bahawa kewangan mereka dilindungi sepenuhnya bersama yang tersayang.

Sebagai sebahagian daripada penggabungan yang berkuatkuasa mulai 1 April tahun ini, Liberty telah memasuki jalinan kerjasama bankasurans eksklusif selama 20 tahun untuk mengedarkan produk-produk insurans umum dengan AmBank Group, yang kini mempunyai pegangan saham Liberty sebanyak 30 peratus.

Liberty General Insurance merupakan sebuah anak syarikat Liberty Mutual Insurance, yang telah memperoleh 100 peratus saham AmGeneral Insurance mulai Julai 2022.

Sebelum ini, AmGeneral pula dimiliki oleh AmBank Group (51 peratus) dan Insurance Australia Group (49 peratus).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply