ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Cars Malaysia umum harga baharu Eletre dan Emira – Dari RM698,000

Berita Tempatan

Views

Pemegang francais tunggal untuk kenderaan Lotus di Malaysia, Lotus Cars Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model Hyper-SUV elektrik Eletre dan kereta sports premium Emira.

Perubahan harga itu dibuat berikutan kadar tukaran ringgit semasa berbanding matawang asing utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Berbeza dengan harga anggaran asal yang diumumkan pada majlis pelancaran di Malaysia April lalu, harga cadangan untuk varian pertengahan Eletre S kini ialah RM698,000 (naik daripada RM648,000). Manakala varian tertinggi Eletre R kini berharga RM838,000 (naik daripada RM798,000).

Harga Eletre yang disenaraikan berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia dan Langkawi. Harga baharu untuk varian asas Eletre akan diumumkan kelak memandangkan ia masih belum ditawarkan setidak-tidaknya sehingga tahun 2025.

Bagi rangkaian model Emira pula, harga asal untuk Emira i4 First Edition empat silinder yang baharu sahaja diperkenalkan ialah RM1,095,000 (Semenanjung Malaysia) dan RM509,000 (Langkawi) bermula 1 September bagi semua tempahan baharu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Unit terhad pada harga pengenalan RM998,800 masih lagi ditawarkan dan ia berdasarkan kepada ‘siapa cepat dia dapat’.

Sementara Emira V6 First Edition kini pula berharga RM1,289,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,205,800) dan RM529,000 di Langkawi (naik daripada RM478,800).

Emira V6 First Edition versi automatik kini ditawarkan pada harga RM1,309,000 di Semenanjung Malaysia (naik daripada RM1,225,800) dan RM539,000 di Langkawi (naik daripada RM493,800).

Harga yang disenaraikan untuk Emira adalah harga di atas jalan tidak termasuk insurans, dengan cukai untuk Semenanjung Malaysia dan Langkawi.

Berikut adalah senarai harga baharu Lotus Eletre dan Emira:

ModelVarianHarga MSRP baharu

Semenanjung Malaysia

Harga MSRP baharu

Langkawi

EletreEletreN/A
Eletre SRM698,000
Eletre RRM838,000
EmiraEmira i4 First EditionRM1,095,000RM509,000
Emira V6 First Edition ManualRM1,289,000RM529,000
Emira V6 First Edition AutoRM1,309,000RM539,000

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mereka yang berminat untuk melihat secara dekat kedua-dua model ini boleh mengunjungi Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur sehingga 30 September 2023.

Dua unit masing-masing, Eletre S berwarna kuning (Solar Yellow) dan Emira V6 berwarna merah (Magma Red) ada dipamerkan. Penggayaan luaran dan dalaman Emira i4 adalah sama seperti varian V6.

Bilik pameran ini dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan bermula 1 Oktober 2023, Lotus Store di Pavilion Kuala Lumpur tidak lagi beroperasi.

Namun, para pelanggan dan peminat Lotus boleh berkunjung ke bilik pameran Lotus di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melihat Eletre dan Emira

Bilik pameran di Bukit Jelutong dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang, pada Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply