Akaun Facebook rasmi BYD Cars Malaysia dan BYD Malaysia beberapa hari lalu telah menyiarkan iklan acah yang memaparkan foto seekor ‘singa laut’ dan juga video bertemakan Halloween dengan kapsyen “SEAL the Night, Electrify Your Fright“.
Apa yang menarik, kapsyen pada foto ‘singa laut’ tersebut seolah memberi petunjuk kepada sebuah ‘SUV berprestasi tinggi dengan penggayaan premium’ akan tiba dalam masa terdekat.
Kapsyen “SEAL the Night, Electrify Your Fright” pula seolah-olah mengesahkan model tersebut adalah model elektrik (EV) sepenuhnya.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Terkini, satu lagi iklan acah telah dipaparkan menerusi akaun Facebook BYD Cars Malaysia yang memaparkan imej bahagian hadapan sebuah model SUV yang mirip kepada BYD Sealion 7.
Seteru kepada Tesla Model Y ini mempunyai ukuran dimensi 4,830 mm panjang, 1,925 mm lebar, dan 1,620 mm tinggi, manakala jarak rodanya adalah 2,930 mm.
Bergantung pada pasaran, EV ini ditawarkan sama ada dengan seni bina e-Platform 3.0 berasaskan 400V atau e-Platform 3.0 Evo berasaskan 800V yang menawarkan pengecasan pantas (DC) sehingga 240kW.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Di China, ia ditawarkan dengan tiga versi – model asas dengan motor tunggal 228 kuasa kuda dan bateri 71.8kWj, Long Range dengan motor tunggal 308 kuasa kuda dan bateri 80.64kWj dan AWD dengan dwi motor 523 kuasa kuda dan bateri 80.64kWj.
Tempoh pengecasan DC dari takat bateri 10 hingga 80 peratus mengambil masa 25 minit, namun BYD mendakwa bahawa pelantar e-Platform 3.0 Evo mampu mengecas takat akhir bateri dari 80 hingga 100 peratus hanya 18 minit.
Dari segi jarak pemanduan, Sealion 7 versi China mampu bergerak sehingga 550km untuk model asas RWD dan AWD, manakala versi Long Range menawarkan jarak tambahan sehingga 610km, mengikut kitaran CLTC.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI