ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Mazda CX-60 mula jalani ujian di Malaysia, bakal dilancar Q4 tahun ini?

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Mazda CX-60 dilihat telah mula menjalani ujian di Malaysia dan beberapa fotonya telah dimuat naik menerusi akaun Facebook Ehsan Adenan dan juga rakan media di PaulTan.org, baru-baru ini.

Model SUV yang dibangunkan dari pelantar Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture ini telah pun dilancarkan di negara jiran seperti Filipina, Singapura dan Indonesia.

Di Malaysia, pengedar Mazda di negara ini iaitu Bermaz Auto dijangka melancarkan Mazda CX-60 pada suku keempat (Q4) tahun ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dari segi dimensi, Mazda CX-60 berukuran 4,740 mm panjang, 1,890 mm lebar, dan 1,685 mm tinggi, manakala jarak rodanya pula adalah 2,870 mm.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan rangkaian kuasa yang bakal ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Di Filipina, ia ditawarkan dengan pilihan enjin enam silinder turbo petrol atau diesel.

Enjin berkapasiti 3.3-liter ini dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD).

Versi petrolnya mampu menjana 280 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas, manakala unit diesel pula menghamburkan 251 kuasa kuda dan 550 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Ia juga dilengkapi motor elektrik 16 kuasa kuda dan 153 Nm daya kilas yang merupakan komponen dari sistem hibrid ringkas 48 Volt bersama bateri lithium ion 0.33 kWj.

Di Indonesia juga menerima rangkaian kuasa yang sama seperti di Filipina dan ia turut ditawarkan dalam versi hibrid plug-in yang menghasilkan 323 kuasa kuda dan 500 Nm daya kilas.

Negara jiran di Singapura pula hanya ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder 2.5- liter aspirasi alami (NA) yang mampu menjana 189 kuasa kuda dan 261 Nm daya kilas.

Enjin petrol ini digandingkan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dengan pacuan roda belakang (RWD). Walau bagaimanapun, ia tidak ditawarkan dengan versi hibrid.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ehsan Adenan dan PaulTan.org

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply