ARKIB

KATEGORI

Buletin

Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon dalam bas

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya di soket sebuah bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral di Butterworth, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata insiden itu disedari penumpang lain sebelum kejadian dilaporkan kepada polis oleh pemandu bas berusia 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit berpandukan keadaan penghujung kabel cair serta peranti terbabit turut berada dalam keadaan panas.

“Temubual terhadap pemandu bas itu mendakwa mangsa menaiki bas ekspres untuk ke KL Sentral pada jam 6 petang namun 10 minit kemudian, salah seorang penumpang memaklumkan kepada pemandu bahawa mangsa menjerit sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Pemandu kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mengesahkan remaja lelaki itu maut akibat renjatan elektrik dan tiada kecederaan lain.

“Sehubungan itu, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply