ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cacat kekal terjatuh dalam lubang jalan, lelaki ini dapat pampasan RM652,000

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang kehilangan kaki kiri akibat terjatuh ke dalam lubang dilimpahi air di jalan raya dalam kejadian dua tahun lalu menerima pampasan sebanyak RM652,000.

Menurut Sinar Harian, Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin, 34, yang kini cacat kekal terjatuh dalam kemalangan pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai, di Machang.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang membuat keputusan itu pada Rabu membenarkan pampasan berkenaan susulan tuntutan dibuat terhadap Roadcare Malaysia Sdn Bhd dan kerajaan Malaysia.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Tengku Muhamad Khazi Hakimi diwakili peguambela, Wahab Che Kob dan Nor Asniza Husin.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Asniza ketika dihubungi memberitahu, pihak Roadcare dan kerajaan Malaysia menafikan kewujudan lubang pada jalan tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menyatakan berdasarkan bukti dan keterangan di pihak plaintif mendapati kemalangan berlaku disebabkan lubang yang dilimpahi air.

Ia akibat kecuaian Roadcare sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan. Defendan diwakili peguam S Siva Shanker dan Asmah Che Wan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply