ARKIB

KATEGORI

Buletin

40 tahun tersadai di bangsal, satu-satunya Ferrari Daytona di dunia bakal dilelong RM8.1 juta

Berita Global

Views

Sebuah kereta Ferrari klasik yang sebelum ini dibiar tersadai di dalam sebuah bangsal selama 40 tahun bakal dilelong pada harga yang dianggar boleh mencecah £1.5 juta (RM8.1 juta), lapor akhbar The Sun semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, model Ferrari 365 GTB/4 Daytona Berlinetta keluaran tahun 1969 itu dikeluarkan dari sebuah bangsal di Jepun pada 2017.

Menurut laporan, kira-kira 1,200 model Daytona telah dihasilkan sekitar 1969 hingga 1973, namun hanya lima buah versi ringan dibina daripada aluminium.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Daripada lima kenderaan itu, hanya satu yang dihasilkan untuk kegunaan atas jalan berbanding perlumbaan trek.

Satu-satunya model itu sebelum ini disangka hilang, namun ia ditemui di bangsal tersebut, sekali gus membawa kepada jualan model itu kepada orang awam di Itali.

Muzium Musei Ferrari di bandar Modena berkongsikan gambar model Daytona tersebut di laman Facebook miliknya yang memaparkan kenderaan tersebut diselaputi habuk.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ia bakal menjalani proses baik pulih oleh syarikat Ferrari sendiri, namun firma dari Itali itu berpendapat orang ramai perlu diberi peluang menyaksikan keadaan kenderaan itu yang asal.

“Sebuah model unik. Ia adalah satu-satunya ‘aloi’ Daytona yang wujud,” kata Musei Ferrari pada akaun Facebook.

Tidak seperti kebanyakan Daytona yang lain, kereta tersebut dilengkapi lampu depan Plexiglas dan tingkap elektrik.

Ia diimport ke Jepun pada 1971 dan dimiliki oleh tiga pemilik dengan pemilik terakhir menyimpan kenderaan itu selama hampir empat dekad.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Musei Ferrari

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply