ARKIB

KATEGORI

Buletin

Caltex bawakan bahan api yang menjana Rekod Dunia kepada rakyat Malaysia

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited membawakan bahan api Caltex dengan Techron® yang menjana kereta berusia 28 tahun menjadi kereta terpantas dalam pendakian sehingga 1,000m, sekaligus mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness® sebagai ‘Kereta yang  terpantas mendaki Doi Chang Mountain’.

Rekod tersebut telah disiarkan menerusi dua siri di saluran National Geographic dan merupakan sebahagian daripada Caltex’s Fuel Power Challenge. Ia menyaksikan pelumba kereta profesional kacukan Jamaica-China, Natasha Chang dan hos televisyen, KC Montero, bersaing untuk mencatat masa pendakian terpantas di Doi Chang Mountain. Natasha mencatatkan masa 6 minit 52.692 saat, dan telah berjaya memecahkan rekod.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Menurut Greg Engeler, Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex, pencapaian ini menyaksikan bagaimana enjin bersih yang dikuasakan oleh Techron® berfungsi pada tahap optimum di samping memberikan kuasa maksimum kepada roda kereta. Ia merupakan bahan api sama yang boleh didapati di stesen Caltex untuk kegunaan pemanduan harian.

Sebatian unik Techron® terbukti dapat menghilangkan dan melindungi enjin daripada deposit pada injap masuk dan injektor port bahan api. Caltex dengan Techron® juga mengandungi Clean & Glide Technology ™, yang membantu mengurangkan geseran serta memaksimumkan kuasa.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Datuk Hans Isaac, Rakan Selebriti Caltex Malaysia berkata, rekod yang berjaya dipecahkan ini membuktikan bahan api Caltex dengan Techron® mampu menjana enjin untuk mencapai perjalanan yang luar biasa. Beliau turut merasa bangga kerana bekerjasama dengan jenama global seperti Caltex kerana syarikat itu tahu untuk mencapai sesuatu yang luar biasa ia bukanlah perkara mudah.

Tambahnya lagi, pencapaian ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuktikan kecekapan Caltex dengan Techron®. Beliau bersama rakannya Man akan cuba memandu sehingga ke puncak Cameron Highlands dengan satu tangki minyak penuh menaiki sebuah Proton Saga 1985.

Natasha Chang yang dikenali sebagai “Chiney Dolly” oleh pengikut Instagramnya pula berkata, pemilihan bahan api yang betul merupakan aspek penting pada sesebuah kereta. malah ia mampu memaksimumkan potensinya. Dengan menggunakan Caltex dengan Techron®, prestasi kereta yang dibina untuk cabaran tersebut menjadi lebih baik dan berjaya memecahkan bidang baharu dalam inovasi bahan api.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply