Carro mengakhiri tahun ini dengan kukuh, setelah mencapai EBITDA sebanyak S$43 juta (AS$32 juta) dan margin EBITDA 4 peratus, menurut angka TK2024 yang telah diaudit.
GPM meningkat sebanyak 12 peratus pada TK2024, disokong oleh gabungan pertumbuhan pasaran yang kukuh, pertumbuhan hasil tambahan yang diterajui ekosistem dan pengoptimuman produktiviti.
Perniagaan fintech Carro, Genie Financial Services, merekodkan pertumbuhan berhemat di seluruh rantau ini dan mengekalkan pinjaman tidak berbayar (NPL) di bawah 0.5 peratus, yang jauh lebih baik daripada penanda aras industri.
Jumlah portfolio pinjaman telah meningkat kepada S$496 juta (AS$370 juta). Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Carro memperluaskan jangkauannya ke tujuh lagi pasaran, bermula dari Asia Tenggara dan seterusnya ke Hong Kong dan Jepun.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carro, Aaron Tan berkata, walaupun pihaknya masih kecil dalam pasaran yang besar, namun masih ada ruang untuk pertumbuhan sambil membina perniagaan untuk kebolehskalaan dan kemampanan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ketua Pegawai Kewangan Carro, Ernest Chew menambah, pihaknya gembira kerana dapat mencapai sasaran awal kami iaitu pertumbuhan EBITDA sebanyak 10x.
Pihaknya juga telah mengurangkan kerugian operasi yang dilaporkan sebanyak 92 peratus, di samping terus memantau aliran tunai kami dan telah membina lebih daripada $400 juta dalam bentuk tunai yang tidak diambil.
Tahun ini juga penuh dengan pelbagai kerjasama membawa kepada pelaburan strategik daripada Jardines dan pelancaran “Carro Care Powered by Jardine & Cycle,” termasuk pelaburan strategik daripada DRB-Hicom.
Di samping itu, Carro telah mengukuhkan perkhidmatan teknologi insuransnya dengan kerjasama ZA Tech untuk menawarkan produk insurans peribadi layan diri dalam talian, yang menghasilkan peningkatan ketara dalam Premium Bertulis Kasar melebihi 60 peratus.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Melalui pelaburan strategik terbarunya daripada Woori Venture Partners, Carro berhasrat untuk berkembang lebih jauh di pasaran Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia.
Menurut kajian oleh Mordor Intelligence1, pasaran kereta terpakai Indonesia dijangka mencecah AS$56.3 bilion pada 2024 dan mencapai AS$74.4 bilion menjelang 2029.
Pengarah Woori Venture Partners, Alan Ang berkata, menerusi pelaburannya di Carro, syarikat terus menjadi peneraju modal teroka global dengan menyokong pengasas yang cemerlang dan perniagaan mampan di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Kewangan Carro Ernest Chew pula mengulas, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan Woori untuk mengurangkan jurang dalam pasaran, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka yang kurang bernasib baik dan meningkatkan rangkuman kewangan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI