Carsome Academy telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) untuk meningkatkan peluang belia yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Kerjasama ini direalisasikan dengan penyerahan Sijil Kerjasama (CoC) yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah semasa Hari Terbuka TVET YRMS yang diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah, baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama baharu ini, biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan, membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di Carsome Academy.
Sebagai institusi latihan TVET automotif yang diiktiraf, Carsome Academy komited dalam mempersiapkan belia untuk industri automotif dengan menawarkan program TVET yang menyeluruh dan selaras dengan kehendak industri.
Sejak penubuhannya pada tahun 2003, YRMS telah berdedikasi untuk memperkasakan belia yang kurang berkemampuan melalui program pendidikan, vokasional dan pembangunan diri.
Sehingga kini, YRMS telah menyokong lebih daripada 5,726 pelajar dari seluruh Malaysia, memupuk bakat terpendam dan membantu mereka membina masa hadapan yang lebih cerah.
Melalui kolaborasi ini, Carsome Academy akan menyokong misi YRMS dengan menyediakan laluan khusus dalam sektor automotif dalam masa yang sama menawarkan alatan dan pendidikan kepada belia yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat meraih peluang pekerjaan dan perkembangan diri.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Sebagaimana yang dinyatakan dalam Sijil Kerjasama tersebut, Carsome Academy dan YRMS telah bersetuju untuk bekerjasama dalam perkara-perkara berikut:
- Memberi pertimbangan dan keutamaan terhadap permohonan bantuan pengajian bagi pelajar yang layak menerima pembiayaan.
- Mewujudkan peluang kerjaya dan meningkatkan pembangunan kemahiran bagi graduan Carsome Academy.
- Membuka peluang dalam perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti.
- Berkolaborasi dalam perundingan latihan dan program pensijilan berkaitan.
- Berkongsi usaha dalam bidang penyelidikan, penerbitan, inovasi, dan pengkomersialan.
- Bekerjasama dalam pelaksanaan program belia dan komuniti, dan program-program kerjasama lain yang dipersetujui bersama.
Pengasas Bersama dan CEO Carsome Academy, Teoh Jiun Ee berkata, kerjasama dengan YRMS ini membolehkan pihaknya untuk memperluaskan peranan dan impak dalam komuniti.
Dengan menyediakan biasiswa dan pendidikan berkualiti melalui program TVET yang fokus kepada automotif, pihaknya dapat membantu membentuk tenaga kerja masa hadapan dan memberikan peluang kepada belia kurang berkemampuan untuk berjaya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI