ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua juta motosikal Modenas kini berada di jalan raya – Rancang perkenal model berkapasiti 125cc hingga 250cc

Berita Tempatan

Views

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) melabur sekitar RM300 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk sejak 1996, menyaksikan kira-kira dua juta motosikal jenama itu berada di atas jalan raya Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, berkata pelaburan R&D yang disuntik jenama motosikal nasional itu untuk memastikan perkembangan tawaran yang lebih baik kepada pasaran dua roda di Malaysia.

Pihaknya sudah menghasilkan 20 model sejak 1996 dan kini dalam fasa peralihan lebih positif untuk memastikan jenama Modenas kekal relevan dan dapat bersaing dalam pasaran cukup kompetitif di Malaysia,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, Modenas melaksanakan penjenamaan semula bagi membawa perubahan agresif ke atas pengeluar motosikal nasional itu menjadi lebih kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Inisiatif penjenamaan yang turut selaras dengan sambutan ke-30 tahun penubuhan Modenas di Malaysia yang disambut pada tahun depan, bakal membawa anjakan baharu kepada syarikat dan memacu pertumbuhannya selari dengan perubahan permintaan yang sentiasa berubah.

Selari dengan penjenamaan semula, Modenas merancang mengembangkan rangkaian produk lebih meluas, memperkemaskan kualiti produk dan perkhidmatan selepas jualan bagi terus meningkatkan keyakinan pelanggan ke atas produk buatan Malaysia.

Penjenamaan semula itu untuk meluaskan lagi kehadiran jenama itu dalam pasaran serta memastikan Modenas terus berkembang dengan menyediakan produk yang lebih pelbagai dan dinamik kepada pelanggan.

Modenas merancang memperkenalkan jentera berkapasiti 125cc hingga 250cc termasuk yang mendapat permintaan tinggi pasaran generasi muda ketika ini seperti 125cc, 135cc dan 150cc.

Selaras dengan perkembangan penjenamaan semula, Modenas yang juga anak syarikat DRB-Hicom Bhd memperkenalkan logo dan identiti jenama baharu, menandakan peralihan strategik syarikat bertujuan meningkatkan kehadiran globalnya.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Bagi memberi saingan dalam pasaran motosikal elektrik, Roslan berkata, Modenas melaksanakan kajian dan ujian ke atas motosikal mesra alam itu.

“Kami perlu kaji betul-betul sebelum memperkenalkan model EV (kenderaan elektrik) ke pasaran komersial tempatan.

“Ketika ini, kami sedang menguji kebolehgunaan model skuter EV dengan 150 unit diserahkan kepada Pos Malaysia Bhd untuk digunakan posmen.

“Berdasarkan maklum balas mereka, skuter EV yang digunakan cukup baik dan dapat meningkatkan kecekapan operasi posmen.

“Menjelang akhir tahun ini, kami bekalkan lebih banyak unit kepada posmen. “Kami mahu pastikan skuter ini benar-benar teruji sebelum diperkenalkan ke pasaran komersial domestik,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply