ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cawangan 3S terbaharu Proton di Seremban dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Pusat 3S terbaharu Proton milik Setia Auto Drive Sdn Bhd (Setia Auto Drive) telah dibuka secara rasmi dengan menampilkan warna Identiti Korporat (CI) terbaharu baru-baru ini. Cawangan tersebut telah menelan belanja kos pelaburan hampir RM3 juta, termasuk kos pengubahsuaian bangunan. Ia terletak di Taman Perindustrian Galla, yang dikelilingi oleh kilang-kilang dan kedai yang turut menempatkan penjual kereta jenama lain.

Lokasinya yang strategik boleh dilalui dari lebuh raya PLUS yang hanya berjarak pemanduan selama 5 minit dari Plaza Tol Bandar Ainsdale dan keluar dari Seremban-Labu. Cawangan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, ruang untuk mengecas komputer riba dan ruang menunggu yang selesa. Ia turut dilengkapi dengan 6 petak penyelenggaraan, 6 servis pengangkat, 9 kakitangan jualan yang berdedikasi dan 8 kakitangan servis.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Sehingga kini, Proton telah mempunyai 79 cawangan 3S/4S di seluruh negara dan cawangan-cawangan ini telah dinaiktaraf dalam memastikan ia selari dengan keperluan identiti korporat terkini. Proton kini merupakan syarikat pengeluar kereta nombor 1 dengan jumlah cawangan 3S/4S terbesar di seluruh negara.

Selain itu, Proton kembali berada di tempat kedua bagi jualan kereta terkini dengan peningkatan jualan sebanyak 14.1 peratus berbanding Mac 2019, dan 75 peratus berbanding April 2018. Untuk bulan April sahaja Proton telah mencatatkan 7,011 unit jualan, yang disumbangkan oleh model-model seperti Persona, Iriz, Saga dan X70.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Pertumbuhan keseluruhan jualan telah meningkat sebanyak 50.2 peratus dari Januari 2019 sehingga April 2019, berbanding tempoh sama tahun lepas. Proton X70 merupakan SUV yang paling popular dan menjadi pilihan di Malaysia buat masa ini dengan lebih 27,000 unit tempahan dan 11,133 unit telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.

Iriz dan Persona 2019 yang dilancarkan pada 23 April turut menyumbang kepada lebih 4,000 unit tempahan dari tempoh aktiviti pra-pelancaran selama 2 bulan. Untuk bulan Mei 2019, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, RM3,800 untuk Saga, dan pelbagai lagi tawaran bagi model-model terpilih Proton.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply