ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rasmi Toyota Malaysia sebentar tadi telah membuka laman mikro khusus untuk model Toyota Avanza facelift yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Nampaknya Toyota semakin rancak memperkenalkan model-model baharu, selepas baru-baru ini memperkenalkan model Yaris.

Mereka yang berminat dengan model MPV tujuh tempat duduk yang berwajah baharu itu boleh mendaftarkan minat di pautan ini. Avanza facelift menampilkan rekaan wajah baharu yang diinspirasikan dari Alphard Vellfire dengan menampilkan lampu depan dwi-lapisan dengan rekaan bampar yang lebih sporty.

Di Indonesia, Toyota Avanza facelift 2019 juga mempunyai kembar iaitu Daihatsu Xenia yang telah dilancarkan pada bulan Januari lalu.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Tiga varian bakal ditawarkan bersama dengan harga anggaran, iaitu :

    • Avanza 1.5S+ (AT) – Dari RM87,888.00
    • Avanza 1.5S (AT) – Dari RM83,888.00
    • Avanza 1.5E (AT) – Dari RM80,888.00

* Harga atas jalan termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia.

Risalah Avanza facelift turut dimuat naik ke laman tersebut, secara ringkas antara spesifikasi yang didedahkan adalah :

  • Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dwi VVTi yang mampu menjana 105 PS pada 6,000 rpm dan daya kilas 136Nm pada 4,200 rpm yang digandingkan bersama transmisi 4-kelajuan automatik untuk semua varian.
  • Stereng kuasa elektrik untuk semua varian.
  • Rim aloi bersaiz 15-inci : Kemasan dwi-tona untuk varian 1.5S+ (AT) dan 1.5S (AT) sahaja.
  • Lampu depan Bi-LED.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

  • Antena sirip jerung.
  • Kemasan tempat duduk fabrik.
  • Perakam Video Digital (DVR/Dashcam) untuk varian 1.5S+ (AT).
  • Port pengecasan USB.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dua beg udara, sensor undur, dan ISOFIX untuk semua varian.
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA) untuk varian 1.5S+ (AT) sahaja.
  • Sistem infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 6.75 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, Wi-Fi, Pengecaman Suara, USB, Bluetooth dan kamera undur untuk varian 1.5S+ (AT) sahaja.

Avanza facelift ditawarkan dengan jaminan selama 5 tahun bermula dari tarikh pendaftaran tanpa had perbatuan. Selain itu Toyota Capital Services turut menawarkan pembiayaan khusus untuk model ini. Nantikan maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply