ARKIB

KATEGORI

Buletin

Leona Chin pinjam suara untuk Waze Malaysia

Berita Tempatan

Views
[VLOG] Check out Leona Chin's voice on WAZE !

Sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), personaliti sukan permotoran terkenal, Leona Chin, telah meminjamkan suaranya untuk warga Waze Malaysia. Suara navigasi Leona yang ceria dan menarik akan membantu pemandu memberitahu keadaan trafik, memberi tip-tip keselamatan praktikal dan juga peringatan seperti menjaga kelajuan serta pemakaian tali pinggang keledar.

Leona ternyata amat teruja dan gembira diberi peluang ini selain menasihatkan semua pemandu di Malaysia supaya tidak memandang remeh tentang keselamatan jalan raya. Menurut Kelvin Sim, Pengurus Negara Waze Malaysia, mereka berpendapat seseorang dengan personaliti ceria dan memahami cara pemanduan kenderaan seperti Leona merupakan pilihan yang tepat untuk berkongsi peringatan keselamatan dalam cara yang menarik.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Muat turun suara Leona Chin sekarang!

Ingin Leona Chin memandu arah perjalanan anda? Ikuti langkah-langkah berikut untuk menukar suara navigasi Waze anda:

  • Tekan Menu , selepas itu Tetapan.
  • Tekan Suara & Bunyi.
  • Tekan suara Waze.
  • Pilih English (UK) – Leona Chin dari senarai yang terdapat dalam panduan suara.

Rakam suara Waze anda sendiri!

Selain daripada memilih suara Waze tersuai, anda juga boleh merakam suara sendiri untuk memberi panduan dalam perjalanan anda. Ini cara untuk merakam panduan suara anda:

  • Tekan Menu , selepas itu Tetapan.
  • Tekan Suara & Bunyi.
  • Tekan suara Waze.
  • Tekan Rakam suara baru.
  • Tekan jenis arah yang anda ingin rakamkan, tekan ikon rakam untuk memulakan rakaman dan berhenti apabila anda sudah habis merakam. Untuk memainkan rakaman anda, tekan ikon main.
  • Setelah habis rakaman, tekan Selesai untuk memberi suara anda satu nama dan habiskan dengan menekan Tambah.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Pengguna digalakkan untuk mengguna aplikasi Waze dengan cara yang sepatutnya, dengan meletakkan telefon bimbit dan menggunakan fungsi bebas tangan tanpa gangguan sepanjang perjalanan mereka. Pilihan Suara Waze Leona hanya boleh didapati di Malaysia dan boleh diakses selama 3 bulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply