ARKIB

KATEGORI

Tular

Cermin kereta pecah angkara lato-lato

Tular

Views

Seorang pemilik kenderaan berang apabila cermin keretanya pecah didakwa akibat permainan lato-lato dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden tersebut tular di media sosial Facebook selepas orang ramai berkongsi tangkap layar hantaran seorang pemilik akaun dikenali sebagai Tiniey Zatiey.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato, lepas kena cermin kereta aku, lari tinggal. Aku dah tengok televisyen litar tertutup (CCTV), harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.

“Main lepas itu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Kepada ibu ayah yang bagi anak main sampai pecah kereta aku, lato-lato warna putih tinggal di kereta aku,” katanya pada hantaran tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Guar Chempedak, Kedah sewaktu pemilik kenderaan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dalam pada itu, orang ramai memberikan reaksi marah selain ada yang meminta permainan tersebut diharamkan. “Sepatutnya negara kita kena haramkan lato-lato ni, bahaya. Negara luar lain tidak dibenarkan main lato-lato,” kata Wan Iredwan.

“Permainan paling tidak berfaedah. Perilaku main lato-lato tak ubah ‘macam anak jin main guli atas siling’. Bikin bising saja malam-malam,” marah Shuk Shah Shah.

“Allah, macam manalah kalau itu satu-satunya kenderaan mencari rezeki bawa keluarga berlindung daripada hujan panas. Dah kena keluarkan kos tukar cermin,” kata Myra Dessert. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tiniey Zatiey

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply