ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Lakaran digital Perodua Axia 2023 (D74A) versi penuh siap!

Impresi Artis

Views

Akhirnya, lengkap jua lakaran digital Perodua Axia 2023 (D74A) versi penuh hasil karya sahabat penulis Mohd Taufik. Apa yang lebih menarik, lakaran ini turut menerima suntingan akhir (finishing) dari seorang lagi sahabat iaitu, Kamarul Ariffin Nor Sadan (Chaku).

Mereka berdua pernah menyumbang rekaan masing-masing di laman web ini suatu ketika dahulu dan kini meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing.

Mohd Taufik sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi, manakala Kamarul Ariffin (Chaku) kini merupakan doktor perubatan dan juga pempengaruh di media sosial.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Rekaan yang dihasilkan adalah berpandukan satu foto illustrasi grafik yang tertiris di laman YouTube, Zakirin. Illustrasi tersebut adalah gambar rajah pada lembaran semak (checksheet) untuk kegunaan di kilang pengeluaran.

Kali ini, kita dapat menyaksikan lakaran bahagian belakang Axia 2023 (D74A) yang boleh dikatakan mirip dengan model sebenar.

Reka bentuknya sudah semakin jelas kelihatan, namun ada sedikit perbezaan terutama saiz lampu yang lebih kecil, kemasan dalaman lampu dan pemegang pintu but belakang pada bahagian logo.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Yang lain semuanya hampir sama, cuma Axia 2023 (D74A) sebenar lebih menyerlah berbanding lakaran ini. Jika di hadapan Perodua menggunakan lampu jenis LED, di belakang ia hanya menggunakan mentol jenis biasa sahaja.

Bahagian bamparnya pula agak ringkas dan rekaan sebegini mula diperlihatkan pada model Myvi semasa. Baru-baru ini, kami memaparkan karya manipulasi foto pereka dari IndonesiaMalvin W Setiawan yang menghasilkan gambaran rekaan sisi kembar Toyota Agya.

Menurut ejen Mat Bond, rekaan tersebut dikatakan mempunyai ketepatan lebih 90 peratus dan hanya sedikit perbezaan terutama pada lampu belakang, bentuk bampar, rim serta beberapa bahagian kecil yang lain sahaja.

Pelancaran Axia 2023 (D74A) dijadualkan pada 14 Februari dan Perodua kini telah membuka tempahannya sejak 31 Januari lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Taufik dan Kamarul Ariffin Nor Sadan (Chaku)

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply