ARKIB

KATEGORI

BuletinTeknologi

Cezeri – Kereta terbang pertama Turki

Berita Global

Views

Tatkala ada menteri kita yang tidak pernah lekang menyebut kereta terbang, Turki dalam diam-diam sedang membangunkan kereta terbang mereka yang pertama. Ia bakal diperkenalkan kepada umum di pameran penerbangan, angkasa dan teknologi yang akan diadakan di Istanbul.

Kereta terbang ini sebenarnya adalah pesawat naik dan mendarat secara menegak (VTOL) yang mempunyai empat kipas serta mempunyai satu tempat duduk. Kenderaan ini telah dihasilkan oleh syarikat Bayker Makina dan ia diberi nama ‘Cezeri’ yang diinspirasikan dari nama jurutera tersohor Islam, Al Jazari.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Menurut laporan dari Ahval News, Baykar Makina merupakan salah satu syarikat pertahanan dan teknologi terkemuka di Turki yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan dan pembuatan pelbagai kenderaan udara tanpa pemandu. Pengarah teknikal syarikat tersebut, Selçuk Bayraktar adalah menantu lelaki kepada presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan beliau merupakan individu yang memuat naik perkongsian imej kenderaan tersebut di laman Twitter.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Buat masa ini, tiada butiran diberikan mengenai kenderaan terbang ini, namun ada kemungkinan syarikat tersebut mempunyai perancangan untuk mengeluarkannya setelah ujian sebenar selesai dijalankan. Kenderaan ini diterbangkan dengan empat kipas besar yang berada di atas kompartmen penumpang satu tempat duduk yang dilitupi dengan kaca.

Cezeri telah direka untuk beroperasi secara autonomi sepenuhnya (tanpa pemandu/juruterbang) dan sekiranya kenderaan ini dihasilkan, ia mungkin dijual kepada pelanggan persendirian atau mungkin menjadi sebahagian daripada armada kenderaan terbang autonomi yang akan digunakan dalam industri ride-hailing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply