ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluar kereta China bergelut dengan pasaran domestik?

Berita Global

Views

Walaupun pada mulanya ia nampak seperti cadangan yang bernas, namun lambakan pengeluar kereta China yang kini melabur dalam kenderaan elektrik sejak beberapa tahun yang lalu tidak menjadi seperti apa yang diharapkan. Jenama seperti Geely kini terus kehilangan pegangan pasaran domestik, dengan jumlah jualan merudum lebih daripada 20 peratus untuk sepanjang empat bulan sehingga Julai.

Selain itu, ekonomi China turut jatuh kepada 6.2 peratus pada suku kedua 2019 daripada 6.6 peratus sepanjang tahun lalu. Menurut laporan daripada Autonews Europe, kebanyakan jenama tempatan kini menjual sedan dan crossover bersaiz kompak dan subkompak yang disasarkan kepada pelanggan berpendapatan rendah yang sejak kebelakangan ini nampaknya cenderung untuk mengurangkan perbelanjaan mereka pada barangan besar seperti automobil.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Dalam kes Geely, tiga produk baharu telah diperkenalkan oleh mereka tahun ini, yang pertama sebuah MPV (Jiaji), crossover kompak yang mempunyai pertalian dengan Volvo XC40 (Xing Yue) dan kereta kompak yang berada di bawah jenama kenderaan elektrik Geometry (Geometry A). Walaubagaimanapun, tiada satu pun daripada model-model ini membantu melonjakkan jualan, malah ia semakin menurun 24 peratus kepada 91,375 unit bulan lalu.

Apakah punca yang menyebabkan strategi elektrifikasi China dilanda gelora? Salah satu puncanya adalah, pada 25 Jun lalu Beijing telah memotong subsidi lebih daripada 50 peratus untuk model kenderaan elektrik (EV) dan juga hibrid plug-in, sekaligus membawa kepada jumlah jualan yang kecil dan permintaan secara keseluruhannya dilihat semakin berkurangan.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Pengeluar kereta  besar China yang lain seperti Jianghuai Automobile turut menyaksikan kejatuhan besar jualan EV mereka sebanyak 66 peratus pada bulan lepas. Ini mungkin memberi petanda pelanggan kini kurang berminat kepada kenderaan mesra alam jika subsidi kerajaan semakin dikurangkan.

Dikatakan Beijing sedang melihat untuk memotong baki subsidi kereta elektrik menjelang hujung tahun ini dan nampak gayanya jenama kereta China akan ‘terus sengsara’ di laman mereka sendiri. Geely sudah mula menghidu lubuk baharu di sini (Malaysia) dan dijangka bakal melambakkan model-model baharu mereka secara berperingkat tidak lama lagi.

Tapi harus diingat pesaing mereka terutama dari Jepun tidak akan berdiam diri dan pengumuman terbaharu mengenai Projek Kereta Nasional Ketiga yang akan turut bekerjasama dengan pengeluar kereta Jepun iaitu Daihatsu bakal membuatkan Geely semakin gelisah.

Menarik untuk disaksikan, sediakan pop corn anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply