ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga Honda CR-V e:HEV RS diumumkan – RM195,900

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan harga bagi varian mercu model CR-V e:HEV RS, iaitu RM195,900.00.

Model yang diperkenalkan serentak semasa pelancaran CR-V serba baharu pada Disember 2023  itu dijana oleh rangkaian kuasa 2.0L e:HEV yang menghamburkan 184PS dan 335Nm daya kilas.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi e-CVT dan ia turut didatangkan dengan tiga pilihan mod pemanduan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dari segi penggayaan, varian ini didatangkan dengan lampu depan dan belakang jenis LED, lampu membelok berurutan LED, lampu menjuru aktif, corong ekzos kemasan krom, jeriji hadapan dengan reka corak jejaring dan rim aloi Berlina Black bersaiz 18-inci.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan rel para bumbung serta bampar bawah depan dan belakang mengikut warna badan kereta termasuk pelapik pada bahagian sisi.

Varian e:HEV RS juga didatangkan dengan ciri Pengatup Jeriji Aktif yang mampu meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan apinya.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ruang butnya berkapasiti 589-liter dan ia turut dilengkapi dengan fungsi Pintu Belakang Bebas Tangan dengan Tutup Apabila Beredar bagi memudahkan kerja memasukkan dan mengeluarkan barang.

Rekaan dalamannya menampilkan Tempat Duduk Pemandu Berkuasa 8-tetapan dengan memori dua posisi, tempat duduk belakang yang boleh dicondongkan pada lapan sudut yang berbeza, meter instrumen 10.2-inci jenis TFT dan sistem bunyi premium Bose dengan 12 pembesar suara.

Bukan itu sahaja, CR-V e:HEV RS mempunyai ciri-ciri istimewa seperti Kad Kunci Pintar, Paparan Aras Kepala (HUD), pengecas nirwayar, dua port USB di depan dan belakang serta paparan unit inforia bersaiz 9-inci dengan ketersambungan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi keselamatan, varian ini dilengkapi dengan lapan beg udara termasuk dua Beg Udara Lutut, Sistem Kamera Berbilang Sudut (360 darjah), Honda LaneWatch dan Honda CONNECT. Ia juga mempunyai sembila fungsi Honda SENSING termasuk Pancaran Pemanduan Adaptif (ADB).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply