ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery giat bangunkan trenkuasa generasi masa depan

Berita Global

Views

Chery pada ketika ini sedang membangunkan All-Domain Power Architecture yang merangkumi trenkuasa tradisional, hibrid dan elektrik ke tahap seterusnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan.

Sejak pelancaran enjin pertamanya pada 18 Mei 1999, Chery telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan bebas (R&D). Barisan enjinnya telah memasuki evolusi generasi ketiga, dan setakat ini, sembilan enjin telah disenaraikan dalam 10 Enjin Terunggul China.

Lebih 10 juta enjin Chery telah dijual di seluruh dunia. Pembangunan thermodinamik kini selesai bagi tiga enjin generasi keempat dan memasuki fasa kalibrasi bangku, manakala pembangunan enjin pertama di bawah generasi kelima telah diluluskan.

Reka bentuk enjin ini dijangka dimuktamadkan pada akhir bulan Jun 2023 sebelum digunakan dalam kenderaan pertama menjelang 2024.

Enjin hibrid khusus 1.5 liter turbo ini dilengkapi dengan suntikan terus, sistem pembakaran kecekapan tinggi pintar i-HEC 4.0 dan teknologi peredaran semula gas ekzos (EGR) tekanan rendah untuk mencapai kecekapan haba sebanyak 43.9 peratus.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Program penyelidikan awal mengenai enjin berkecekapan tinggi, menggunakan teknologi pre-chamber jet ignition dan lean-burn, telah mencapai sasaran kecekapan haba melebihi 45 peratus di dalam makmal.

Pada 18 Mei 2021, Chery melancarkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang menampilkan dua motor, sembilan mod operasi, 11 kombinasi gear dan pemacu aci berkembar (twin-shaft drive), menjadikannya yang pertama seumpamanya di kalangan jenama China.

Pada 25 Februari 2022, salah satu project R&D utama negara yang diketuai oleh Chery, iaitu ‘projek pembangunan trenkuasa kenderaan penumpang dan integrasi baharu serta cekap kos’ telah diluluskan di Wuhu, China.

Hasil projek tersebut merupakan DHT generasi pertama Chery, iaitu 3DHT125 yang kini boleh ditemui dalam Tiggo 8 Pro e+. Pada 5 Mac 2022, ‘projek pembangunan enjin hibrid khusus (DHE)’ Chery, satu lagi projek R&D utama negara, telah lulus penilaian Kementerian Sains dan Teknologi China serta juri pakar.

Projek ini memberi tumpuan kepada penyelidikan mengenai kitaran Miller nisbah mampatan tinggi (high-compression ratio) dan lean-burn untuk memanfaatkan enjin generasi keempat dan kelima Chery.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Chery akan terus mengoptimumkan DHT tiga-kelajuan bagi kenderaan hibrid palam-masuk (PHEV) bersaiz sederhana, sambil membangunkan DHT satu-kelajuan untuk PHEV dan hibrid kompak dan sub-kompak.

Chery memasuki segmen tenaga baharu pada 1999, dan trenkuasanya tidak terhad pada enjin bahan api dan hibrid.

Pada 2017, kenderaan elektrik Chery EQ1 dilancarkan di China dan mendapat sambutan baik, manakala di Konvensyen Pengeluaran Dunia 2019, Chery mempamerkan kenderaan hidrogen generasi ketiganya dengan stack sel bahan api 30 kW yang mampu dipenuhi dengan hidrogen dalam tiga minit, memberikan jarak pemanduan melebihi 700 km.

Chery berupaya membangunkan unit kawalan elektrik bagi enjin (ECU), sistem hibrid (HCU) dan motor (MCU), dan sedang berusaha membangunkan teknologi kenderaan elektrik teras termasuk insulated-gate bipolar transistor (IGBT), litar bersepadu silikon-karbida (SiC) dan bateri solid-state.

Merangkumi tenaga bahan api, hibrid, elektrik dan hidrogen, All-Domain Power Architecture Chery direka berdasarkan setiap pelan hala tuju teknologi trenkuasa automotif yang diketahui untuk tempoh 30 tahun akan datang, dengan tumpuan segera pada pembangunan kendiri yang lengkap bagi produk elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply