ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chery mulakan pengeluaran model global OMODA 5, bakal tiba di Malaysia

Berita Global

Views

Pengeluar kereta dari China, Chery memulakan pengeluaran sulung model global pertama mereka, OMODA 5 yang akan menjadi produk pertama di bawah era Chery 4.0 pada 8 Februari lalu.

Beberapa pemimpin tertinggi syarikat termasuklah Yin Tongyue, Zhang Ping, Li Lizhong, Gao Xinhua, Jia Yaquan, Zhang Guibing, Jin Yibo, Xu Youzhong dan Huang Zhaogen hadir di majlis line-off pada hari tersebut.

Menurut Pengerusi, Yin Tongyue, OMODA 5 adalah model penting bagi Chery kerana ia merupakan model global pertama syarikat yang dibangunkan berdasarkan permintaan antarabangsa dan produk penting bagi memasuki pasaran Eropah serta pasaran pemanduan kanan.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Beliau berharap OMODA 5 akan menetapkan piawaian baharu bagi Chery dari segi kepuasan pelanggan, daya saing, pemikiran digital, pengeluaran dan kualiti, sambil terus meningkatkan inovasi perniagaan dan membuahkan hasil baik di peringkat domestik dan global.

Timbalan pengurus besar syarikat Gao Xinhua berkata, bahawa OMODA 5 telah dibangunkan dalam tempoh 18 bulan untuk menjadi produk global. Sejak penampilan pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2021, model tersebut telah menerima maklum balas yang menggalakkan di China serta luar negara.

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri yang mendalam, OMODA 5 telah direka untuk memenuhi piawaian global melalui platform global, mencerminkan idea baharu syarikat.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Timbalan pengurus besar syarikat Jia Yaquan dan Zhang Guibing berkata, pasukan pemasaran optimis mengenai pasaran antarabangsa dan domestik, mengambil kira kepentingan serta kelebihan OMODA 5.

Menurut penolong pengurus besar syarikat Dr Xu Youzhong, OMODA 5 mewakili pandangan dan pemikiran baharu Chery mengenai globalisasi, sambil mencapai tahap baharu dalam kuasa, teknologi dan aspek lain untuk menyasarkan pengguna muda dalam kumpulan umur 25-30 tahun.

Rusia akan menjadi destinasi antarabangsa pertama OMODA 5, diikuti oleh Kesatuan Eropah, Australia, Malaysia serta pasaran lain di dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply