ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penerbangan dari KL ke Tawau terpaksa dilencongkan, kelibat seekor ular muncul dalam pesawat AirAsia

Berita Tempatan

Views

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak, semalam.

Harian Metro melaporkan, menerusi kenyataan media, Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling berkata, pihaknya menyedari berlaku insiden (kelibat seekor ular dilihat di sebalik lampu pada siling pesawat) ketika penerbangan terbabit yang memaksa juruterbang mengambil tindakan melencongkan pesawat.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Jelas beliau, sebaik kapten (juruterbang) menyedarinya, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching sebagai langkah pembersihan pesawat. Insiden ini jarang berlaku dalam mana-mana pesawat.

Kenyataan itu berkaitan ‘insiden’ kelibat seekor ular yang dilihat di sebalik lampu pada bahagian siling pesawat ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau yang tular dalam media sosial, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Liong berkata, juruterbang pesawat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum penerbangan diteruskan ke Tawau supaya tiba dengan secepat mungkin.

Tambahnya, keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru sentiasa menjadi keutamaan mereka. Sebelum itu, satu video berdurasi 14 saat menunjukkan kelibat ular berada di dalam sebuah pesawat dipercayai dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau tular di TikTok.

Seorang pemilik akaun TikTok memuat naik video berkenaan yang menyatakan pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak sebelum mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply