ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jadi pemilik pertama Hongqi L5 di dunia

Berita Tempatan

Views

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini telah menerima mengadap TYT Ouyang Yujing, Duta Besar China ke Malaysia.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda adalah bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam sesi mengadap ini, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan dengan Hongqi L5, sebuah kereta keluaran China dan Seri Paduka Baginda merupakan pemilik pertama model ini di dunia.

Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hadir sama, Encik Wang Lingyu, Presiden FAW Hongqi Global, Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah. Sedikit informasi ringkas mengenai Hongqi L5:

  • Ia telah membuat debut pertamanya semasa Auto Shanghai 2023.
  • Reka bentuk ‘Rolls-Royce’ versi China ini diinspirasikan dari model klasik Hongqi CA770 keluaran tahun 1966.
  • Dimensinya berukuran 5,980 mm panjang, 2,090 mm lebar, 1,710 mm tinggi dan jarak tapak rodanya 3,730 mm.
  • Hongqi L5 dikuasakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan dan mampu menjana 382 kuasa kuda dengan pacuan semua roda.
  • Di China, harga jualannya bermula dari lima juta yuan (kira-kira RM3.3 juta).

Sumber asal – Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply