Chery menambah lagi satu lagi model baharu ke pasaran Afrika Selatan menerusi pelancaran model SUV, Tiggo 7 Pro. Dua varian ditawarkan iaitu Distinctive dan Executive. SUV tersebut menyertai Tiggo 4 Pro dan Tiggo 8 Pro yang telah mula dijual di negara tersebut.
Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Chery South Africa Tony Liu, berkata dengan reka bentuk moden yang menarik serta panel meter digital, pihaknya tidak berkompromi dengan kemewahan, spesifikasi atau prestasi buat para pelanggannya.
Seperti Tiggo 4 Pro dan Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro direka mengikut falsafah ‘Life in Motion’, merangkumi jeriji hadapan ‘berlian matriks geometri’ yang diilhamkan oleh galaksi dan lampu hadapan LED.
Tiggo 7 Pro dilengkapi rim aloi 18 inci (beserta angkup brek merah pada varian Executive), bingkai tingkap hitam dan krom yang mencipta ilusi bumbung terapung, jejalurlampu belakang, spoiler bumbung serta ekzos berkembar.
Semua varian dilengkapi dengan cermin sisi yang boleh dilaraskan dan dilipat secara elektrik (termasuk lampu signal LED), lampu hadapan dan belakang LED automatik, sill pintu LED, lampu kabus sudut lebar, lampu siang LED (DRL), kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta pintu belakang elektrik dengan pelarasan ketinggian.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Ruang bagasinya pula mampu memuatkan 475 liter, atau sehingga 1,500 liter jika tempat duduk belakang dilipat 60:40. Tiggo 7 Pro dikuasakan oleh enjin petrol turbo empat silinder 1.5 liter yang dibangunkan oleh Chery.
Dilengkapi dengan suntikan terus, enjin tersebut memacu 147 PS pada 5,500 rpm dan 210 Nm daya kilas antara 1,750 dan 4,500 rpm. Ia disambungkan kepada roda hadapan melalui transmisi CVT kawalan elektronik dengan sembilan kelajuan maya.
Model ini menggunakan platform T1X yang ringan serta kuat, dengan jarak antara gandar 2,670 mm dan panjang keseluruhan 4,500 mm. Ruang kabinnya dilengkapi tempat duduk kemasan kulit sintetik dengan jahitan kontras.
Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan enam hala secara elektrik, manakala pada varian Executive, tempat duduk penumpang hadapan juga boleh dilaraskan empat hala secara elektrik. Sterengnya pula dibaluti kulit dan dilengkapi dengan kawalan infotainment beserta arahan suara, dan boleh dilaraskan dalam empat arah.
Tiggo 7 Pro mempunyai tiga skrin – panel meter digital tujuh inci di hadapan pemandu, LCD konsol tengah 10.25 inci yang memaparkan maklumat kenderaan, unit infohibur, Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan paparan kamera undur, dan di bawahnya adalah skrin kawalan iklim dwi-zon.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Sistem kawalan iklim dilengkapi penapisan udara N95. Seperti model-model Pro yang lain, Tiggo 7 Pro didatangkan dengan arahan suara yang mampu mengawal fungsi-fungsi seperti kawalan iklim, tingkap elektrik dan (varian Executive) bumbung panoramik, manakala pengecasan nirwayar dan pencahayaan ambien pelbagai warna turut ada pada semua varian.
Dari aspek keselamatan, Tiggo 7 Pro telah menerima penarafan keselamatan lima-bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Baharu China (C-NCAP).
Semua varian dilengkapi ISOFIX, ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kawalang Gelungsur (HDC), Amaran Lintasan Belakang (RCTA) dan Pengesanan Titik Buta (BSD).
Varian Executive pula mempunyai ciri tambahan seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi fungsi-fungsi seperti Amaran Berlepas Lorong (LDW), (FCW), Amaran Perlanggaran Depan (AEB) serta Monitor Pandangan Keliling 360 darjah. Varian Executive turut dilengkapi dengan enam beg udara.
Chery Tiggo 7 Pro didatangkan dengan pelan servis lima tahun/60,000 km, bantuan pinggir jalan tanpa had perbatuan selama lima tahun, waranti mekanikal am lima tahun/150,000 km serta waranti enjin 10 tahun/1,000,000 km yang komprehensif.
Tiggo 7 Pro adalah antara salah satu model daripada Pro Family yang sedang dirancang untuk masuk ke pasaran Malaysia kelak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI