ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan pintas Gopeng ke Kuala Kangsar mampu elak tragedi Terowong Menora berulang

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Perak berharap cadangan pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar akan mengurangkan kemalangan maut berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar.

Sinar Harian melaporkan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri dan persekutuan sudah pun memberikan kelulusan terhadap pembinaan jalan baharu itu dengan jarak sejauh 64 kilometer (km).

Menurutnya, pembinaan jalan tersebut tidak melibatkan peruntukan kerajaan sebaliknya dilaksanakan oleh syarikat swasta.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tambah beliau, tujuan asal pembinaan laluan baharu itu untuk mengurangkan kemungkinan kemalangan di terowong itu kerana pertama kawasan tersebut tidak berbukit, tiada kesesakan dan kawasan curam.

Jadi apabila kurangnya kesesakan itu, ia akan mengurangkan jumlah kemalangan dan pihaknya kini sedang menunggu syarikat berkenaan untuk memulakan pembinaan.

Saarani berkata, kelulusan yang diberikan pada April lalu dan difahamkan syarikat tersebut sedang mendapatkan dana bagi melaksanakan pembinaan laluan itu.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurutnya, syarikat berkenaan diberi tempoh selama dua tahun untuk memulakan pembinaan laluan itu dan selepas dana diperoleh, urusan pengambilan tanah akan dilakukan.

Pada 12 Mei lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang menaiki sebuah kereta Honda City rentung selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler.

Mangsa terlibat adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Beberapa video kejadian itu dikongsi pengguna lebuh raya di media sosial menunjukkan keadaan api marak disusuli beberapa letupan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mapio.net

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply