Continental Tyres, pengeluar tayar terkemuka Jerman, baru-baru ini telah memperkenalkan Conti SupRim Technology™, teknologi manik generasi baharu yang lebih lasak dan tahan lama bagi meningkatkan ketahanan dan kebolehsalutan semula yang lebih baik ke dalam rangkaian tayar kenderaan komersialnya.
Menerusi teknologi ini, Continental Tyres telah mereka bentuk semula kompaun jejalur rim untuk memberikan sifat anti-penuaan unggul yang meningkatkan kelenturan manik tayar, kekuatan dan rintangan koyakan. Teknologi ini dibangunkan khusus oleh mereka buat para pelanggannya di pasaran Asia Pasifik, termasuklah Malaysia.
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
Pada masa ini, Conti SupRim Technology™ telah digunakan pada tayar yang dihasilkan di kilang Continental Tyres di India. Pelanggan yang telah menguji tayar dengan teknologi ini bersetuju yang ianya empat kali lebih mudah untuk dipasang berbanding dengan tayar sebatian konvensional.
Teknologi ini memberikan ketahanan manik tayar tiga kali ganda, sekali gus mengurangkan kerosakan berpunca daripada pemasangan dan penanggalan tayar. Pada tayar konvensional, ketahanan manik cenderung merosot sehingga 75 peratus menjelang penghujung hayat pertamanya.
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
Teknologi ini memastikan manik mengekalkan ketahanan awal sepanjang hayat pertamanya dan hanya menghasilkan penurunan kecil sehingga 18 peratus pada penghujung kali pertama ia disalut semula. Ini memberikan kos pemilikan yang rendah buat para pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia Andrea Somorova, teknologi termaju ini bukan sahaja akan meningkatkan kehadiran daya saing mereka dalam industri di kalangan pengendali dan pemilik armada, bahkan berjaya menunjukkan keunggulan dalam inovasi dan keupayaan dari dalam.
Tambah beliau, memerusi teknologi ini pihaknya membawakan tayar yang selamat, tahan lasak dan teguh kepada armada Malaysia. Para pelanggan juga telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap teknologi ini bagi memperkayakan pengalaman produk jangka panjang mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
KOMEN TERKINI