ARKIB

KATEGORI

Buletin

Usah risau sekiranya alami masalah pengesanan RFID – PLUS

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan mana-mana pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.

Menurut Sinar Harian, PLUS dalam satu kenyataan berkata, sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.

Mengulas lanjut, PLUS berkata, pihaknya menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan telah mengambil tindakan untuk penambahbaikan berdasarkan maklum balas berkenaan.

Pihak PLUS juga telah menggandakan pasukan untuk membantu pelanggan di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Pelanggan lebuh raya disaran untuk memastikan penggunaan lorong yang betul mengikut panduan pada papan tanda yang disediakan.

Dalam perkembangan sama, PLUS turut memberitahu pihaknya telah mencatatkan kadar migrasi yang menggalakkan sebanyak 10 peratus transaksi RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari lalu di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan.

PLUS turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang telah berhijrah ke RFID sebagai pembayaran tol pilihan mereka sejak pelaksanaan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply