ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba halang tugas dan maki anggota trafik – Pemandu BMW ini didenda RM3K

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media ringkas di laman Facebooknya, Polis Daerah Ampang Jaya Page memaklumkan Mahkamah Majistret (1) Ampang telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan boleh dipenjara selama 3 bulan sekiranya gagal membayar denda kepada seorang pemandu motokar.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Pemandu kenderaan jenis BMW tersebut telah melakukan kesalahan dengan memberhentikan motokarnya di dalam petak kuning hadapan Balai Polis Trafik Pandan Indah. Setelah diarahkan untuk berhenti di bahu jalan oleh anggota trafik yang bertugas,pemandu tersebut tidak berpuas hati dan telah mengambil gambar anggota tersebut serta enggan menurunkan tandatangan pada saman yang dikeluarkan walaupun telah diberitahu akan kesalahan yang dilakukannya.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Kemudian, pemandu kenderaan tersebut telah memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesatYOU ALL BULLSHIT” sambil mengambil gambar anggota yang sedang bertugas. Dengan bantuan lain-lain anggota bertugas, pemandu tersebut terus ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Di mahkamah pada hari ini, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, pemuda tersebut telah mengaku bersalah. Dalam masa yang sama, polis menasihatkan orang awam agar tidak memberhentikan kenderaan di dalam kawasan petak kuning, tidak menghalang tugas penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas kerana kesalahan itu boleh menyebabkan mereka didenda dan dipenjara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Ampang Jaya Page

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply