ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP : Kelonggaran diberi untuk pulang ke rumah selewatnya Jumaat ini

Berita Tempatan

Views

Kerajaan memberi tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung halaman, supaya pulang segera ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini. Menurut Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Katanya, kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres namun, perjalanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok. Kelonggaran hanya akan diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu kerana difahamkan, ada melawat keluarga yang sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi, iaitu Khamis misalnya.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Oleh itu, beliau sudah berbincang dengan PDRM supaya kes tertentu seperti ini dibenarkan untuk merentas negeri. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya jangan bimbang sekiranya mereka terperangkap di kampung seperti PKP dahulu sehingga pihaknya terpaksa membuat program khas untuk benarkan mereka pulang.

Beliau juga menggesa orang ramai yang masih berada di kampung supaya segera pulang selewat-lewatnya Jumaat ini. Beliau berkata demikian pada sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai PKP petang tadi. Ismail Sabri turut berharap tiada rakyat yang terperangkap di kampung selama dua minggu ketika tempoh PKP 2.0 dilaksana, selepas kelonggaran itu diberikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply