Apabila kereta terlibat dalam kemalangan dan perlu dibaiki, perkara yang biasa bermain di minda kita adalah bilakah ia boleh siap kan?
Inilah yang terpaksa dihadapi oleh seorang pemilik Proton Exora yang mengatakan dia masih lagi menunggu keretanya itu, setelah hampir genap setahun keretanya berada di Proton Edar Kota Bharu.
Menurut pemilik akaun Facebook bernama Abi Auni, Exora bernombor pendaftaran ALQ4445 itu telah terlibat dengan kemalangan pada Februari 2021.
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
Pada hari yang sama juga kereta tersebut telah dihantar ke pusat servis berkenaan untuk proses baik pulih. Namun, sehingga Februari 2022, Proton masih lagi gagal untuk menyiapkan proses baik pulih keretanya.
Tambahnya, masalah paling besar adalah ketiadaan stok alat ganti, termasuk dua kali tersalah alat ganti dan ia terpaksa dipulangkan semula.
Katanya, dalam tempoh sebulan pertama dia terpaksa pergi bekerja sama ada dengan menumpang kereta rakan sekerja atau menggunakan perkhidmatan e-hailing.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
Tambah memeritkan, jarak antara rumahnya ke tempat kerja adalah 54km sehala! Sehinggalah dia terpaksa membeli kereta baharu.
Bayangkan dia terpaksa membayar ansuran bulanan Exora miliknya sebanyak RM717 dalam tempoh setahun, namun langsung tidak dapat menggunakan kereta tersebut.
Dia juga setiap hari singgah di pusat servis itu untuk melihat perkembangan terkini keretanya selama hampir enam bulan dan setiap kali dia akan merasa hampa.
Dia berharap agar pihak Proton dapat menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin supaya dia tidak menunggu lebih lama lagi.
Semoga dipermudahkan urusan dan harap pihak Proton ‘cakna’ dengan isu ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Abi Auni
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
KOMEN TERKINI