ARKIB

KATEGORI

Tular

Oyen buat hal ‘calar kereta mewah’, jiran tuntut ganti rugi RM12,737

Tular

Views
@pattarawadeephumipakลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ

Seorang lelaki dilaporkan memfailkan saman ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,737) ke atas jirannya selepas seekor kucing milik keluarga itu memanjat dan mencalarkan dua kereta mewahnya, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Menurut K! ONLINE, pemilik kucing itu memuat naik sebuah video di TikTok yang menyatakan bahawa jirannya menuntut wang pampasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada harta benda orang lain.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Wanita itu menambah bahawa dia sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kesan calar yang dilakukan oleh kucingnya tetapi pada harga yang berpatutan.

Laporan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada Oktober 2020 apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumah.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Petang itu, seorang pemilik kereta menghantar sebuah video yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan kucing peliharaannya duduk di atas dua kereta sport berwarna hitam dan kuning.

Pemilik kucing itu bersama keluarganya ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan tetapi hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu.

Kisah tersebut dikongsikan secara meluas di Thailand dan laporan terbaharu mendapati pemilik kereta sport tersebut telah meminta maaf dan menarik balik samannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply