ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risiko kereta terbakar, hampir setengah juta model Hyundai dan KIA dipanggil balik

Berita Global

Views

Hyundai dan KIA baru-baru ini telah memanggil balik sebanyak 484,577 unit kenderaan yang dikeluarkan antara tahun 2014 dan 2018 berikutan risiko kereta terbakar.

Lebih menakutkan, ada kemungkinan berlakunya kebakaran meskipun kenderaan tersebut di parkir dan berada dalam keadaan tidak bergerak.

Risiko tersebut telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), sebagai peringatan kepada pemilik beberapa model seperti, KIA Sportage tahun keluaran 2014-2016, KIA K900 tahun keluaran 2016-2018 dan Hyundai Santa Fe tahun keluaran 2016-2018.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Pemilik turut dinasihatkan untuk parkir kenderaan tersebut di luar dan berjauhan dari kenderaan lain atau premis.

Ia mungkin berpunca daripada modul ABS, yang menyebabkan litar pintas dan boleh meningkatkan risiko kebakaran di ruang enjin semasa diparkir atau memandu. Hyundai kini sedang giat menyiasat isu itu bagi menentukan punca sebenar kerosakan tersebut.

Pemilik diberitahu mereka masih boleh memandu kenderaan itu, meskipun mereka tidak dibenarkan untuk parkir kenderaan di dalam kawasan rumah.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Jika masalah itu muncul dengan sendirinya apabila pemilik berada di dalam kereta, mereka mungkin melihat asap keluar dari ruang enjin, bau hangit dan lebur atau mungkin melihat lampu MIL dan/atau ABS menyala pada panel meter.

Pihak Hyundai dan Kia akan menghubungi pemilik melalui surat secepat mungkin dan meminta mereka membawa kenderaan tersebut ke pengedar untuk menjalani pemeriksaan.

Mereka kemudiannya akan menyiasat kenderaan untuk melihat sama ada modul ABS mereka bermasalah dan akan menggantikannya jika perlu.

Hyundai dan Kia juga akan membayar balik wang kepada mana-mana pemilik yang terpaksa membaiki kenderaan mereka sendiri. Malangnya, syarikat mungkin tidak dapat memaklumkan kepada semua pemilik sehingga 5 April 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply