ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu pamer model konsep Ayla EV di GIIAS 2022, Axia EV bakal menyusul?

Berita Global

Views

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) membuat kejutan pada pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022, dengan mempamerkan sebuah kereta konsep kenderaan elektrik (EV) kompak, Daihatsu Ayla EV.

Kembar kepada Perodua Axia di Malaysia itu telah diberikan beberapa pengubahsuaian bagi menjadikannya sebuah EV.

Presiden Pengarah PT Astra Daihatsu Motor, Yasushi Kyoda berkata, model EV kompak ini dibangunkan oleh pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ADM. Secara keseluruhan, seramai 25 tenaga kerja tempatan yang terlibat dalam pembangunan Ayla EV ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ketua Bahagian Perancangan Produk ADM, Anjar Rosadi menambah, pemilihan Daihatsu Ayla sebagai asas kepada kereta elektrik adalah kerana ia merupakan model pertama Daihatsu yang dibangunkan secara tempatan di Indonesia.

Antara perubahan yang dilakukan adalah sistem pemacu, bateri kepada bahagian bawah badan dan suspensi. ini bermakna enjin, tayar ganti dan tangki bahan api dikeluarkan pada model Ayla EV.

Selain itu, pasukan R&D ADM telah memasang motor elektrik 80.5 kuasa kuda serta pek bateri berkapasiti 32 kWj.

Dari segi reka bentuk, ia masih lagi mengekalkan bentuk badan asal Daihatsu Ayla dengan perubahan ketara dibuat pada lampu, jeriji dan bampar bahagian depan, serta lampu dan bampar belakang.

Selain daripada model Ayla EV, Daihatsu juga turut mempamerkan model Daihasu Rocky Hybrid (Rocky e-Smart Hybrid).

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sementara itu di Malaysia, Perodua kini ‘sedang rancak’ membangunkan model Axia generasi baharu (namakod D74A).

Model hatchback yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu bakal dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) baharu berkapasiti 1.0 liter.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT. yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Axia 2023 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Mengikut perancangan, model ini dijangka memasuki fasa pengeluaran massa pada akhir tahun 2022 dan pelancarannya akan dibuat pada suku pertama (Q1) tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit kumparan.com dan 100kpj.com

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply