ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton taja 10 unit kenderaan untuk temasya SUKIPT 2022

Berita Tempatan

Views

Proton telah menyampaikan sepuluh unit kenderaan yang terdiri daripada pelbagai model kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.

Acara sukan dwi tahunan anjuran KPT itu akan diadakan dari 12 – 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dua puluh satu acara sukan dipertandingkan dengan penglibatan kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Proton menyumbang lapan unit Perdana, serta masing-masing satu unit X70 dan Saga untuk acara tersebut. Kesemuanya telah diserahkan kepada Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Datuk Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Sukan dari Kementerian Pengajian Tinggi, baru-baru ini.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Menurut Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Bin Wan Mustafa, ini adalah kali kedua Proton menyokong SUKIPT setelah kali pertama sebagai penaja pada temasya edisi tahun 2012. Tambah beliau, pihaknya berharap penajaan ini akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022.

Selain SUKIPT 2022, Proton turut menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim tahun ini.

Proton menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SMK dan SK Proton City pada 27 Jun manakala pada 28 Julai, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu, bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply