ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daimler bakal tamatkan pembangunan enjin pembakaran dalaman

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jerman, Daimler memberi bayangan yang mereka bakal menghentikan pembangunan kenderaan baharu yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman. Menurut portal Government Europa menjelang 2030, syarikat yang diasaskan oleh Gottlieb Daimler itu berhasrat untuk menghasilkan sekurang-kurangnya separuh model kenderaan keluarannya akan dikuasakan oleh elektrik atau hibrid.

Buat masa ini, ketua pembangunan Daimler Markus Schäfer memberitahu majalah permotoran Jerman, Auto Motor und Sport, yang syarikat itu akan menumpukan usahanya untuk inovasi dan pembangunan kenderaan elektrik baharu dan bateri. Namun beliau langsung tidak menyentuh mengenai perancangan syarikat itu untuk membangunkan kenderaan berenjin petrol dan diesel.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Schäfer menyatakan bahawa perancangan mungkin boleh berubah dan perkembangan kereta konvensional yang boleh dijalankan semula pada masa akan datang. Bagaimanapun pembangunan itu akan diteruskan pada komponen-komponen kenderaan yang sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menerusi ciapannya di Twitter berkata, ” elektrik adalah masa depan, Tahniah Daimler!! “, sambil menambah ia suatu tindakan sangat bermakna oleh syarikat yang mencipta enjin pembakaran dalaman.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Setakat ini kebanyakan pembangunan Daimler dalam sektor e-mobiliti telah memberi tumpuan kepada van elektrik, trak dan kenderaan lain yang lebih besar. Awal bulan lalu, syarikat itu mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian bekalan sel bateri global dengan pengeluar bateri kenderaan elektrik Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) yang bakal digunakan oleh trak dan bas elektrik keluaran Daimler.

Gesa Reimelt, Ketua Kumpulan E-Mobility Daimler Trucks & Buses, berkata sebagai pengeluar trak utama di dunia, mereka berusaha untuk menjadi yang pertama memasarkan kenderaan sifar emisi secara global. Usahasama dengan CATL sebagai rakan kongsi global yang kukuh bakal menyaksikan mereka akan pergi jauh dalam menyediakan pelbagai siri pengeluaran trak elektrik bermula tahun 2021 dan seterusnya.

Dalam fasa peralihan ke arah mobiliti rendah dan sifar-emisi, Daimler menyertai rakan pengeluar kereta Jerman Volkswagen, yang membuat pengumuman pada Disember 2018 bahawa mereka akan melancarkan generasi terakhir enjin pembakaran dalamannya pada tahun 2026.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Analytics India Magazine

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply