ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Berita Global

Views

Menurut portal permotoran dari Thailand, Headlightmag.com, model sedan segmen-B Honda City serba baharu bakal dilancarkan di negara tersebut pada Suku ke-4 2019. Difahamkan Honda masih mengekalkan saiz kereta tersebut tetapi ia bakal dijana oleh enjin 1.0 liter VTEC Turbo tiga silinder untuk membolehkannya masuk ke dalam fasa ke-2 Kereta-ECO.

Strategi ini sebenarnya telah digunapakai oleh Mazda pada model Mazda 2 yang ketika ini mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan di negara Gajah Putih itu. Fasa ke-2 Kereta-ECO adalah lebih ketat dan ia memerlukan pemasangan lebih banyak sistem keselamatan, sebagai contohnya seperti berikut:

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

  • Pelepasan CO2 tidak boleh melebihi 100g/km.
  • Standard Emisi EURO 5.
  • Memastikan penggunaan bahan api tidak kurang dari 23.25 km/l.
  • Semua sub-model perlu dilengkapi dengan sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard.

Honda City serba baharu itu nanti bakal mempunyai dua versi untuk pasaran dunia:

Enjin 1.0 liter VTEC Turbo

Enjin baharu tiga-silinder petrol DOHC 12-injap ini berkapasiti 998 cc dan ia mampu menjana kuasa maksimum 120 kuasa kuda pada 5,500 rpm dengan daya kilas maksimum 200Nm pada 2,000 – 4,500 rpm. Enjin ini digandingkan bersama pilihan transmisi sama ada 6-kelajuan manual atau CVT.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Enjin 1.5 liter petrol, Hybrid i-MMD (Generasi Baharu)

Enjin empat-silinder petrol DOHC 16-injap ini berkapasiti 1,498 cc digandingkan bersama sistem hibrid yang dilengkapi dua motor elektrik. Buat masa ini tiada perincian mengenai butiran teknikal kerana proses pembangunannya masih lagi belum selesai.

Dijangkakan penampilan City serba baharu ini akan lebih menarik dan rekaan luarannya diinspirasikan dari model Insight dengan lampu depan dan belakang yang lebih nipis. Rekaan dalamannya mungkin mempunyai banyak persamaan dengan Jazz serba baharu yang bakal dilancarkan di Jepun tidak lama lagi.

Besar kemungkinan City serba baharu bakal dilancarkan pada bulan November sebelum acara Thailand International Motor Expo 2019 yang bakal membuka tirainya pada 29 November nanti. Kami akan cuba membawakan maklumat mutakhir dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply