ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Foto Intipan

Views

Agak lama juga kami tidak menyiarkan artikel berkaitan foto intipan terutama sekali model Proton X50 kan? Semalam rakan pembaca, Fizz Hafiz Fiz berjaya mengesan kelibat unit ujian X50 berceloreng di sekitar bandar Gua Musang. Boleh dikatakan ini antara foto intipan X50 dalam jarak paling dekat yang pernah kami perolehi.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Menurut Fizz, pemandu X50 berceloreng berhenti sebentar di tepi jalan semasa dia sedang membeli juadah minum petang. Agak malang kerana hanya foto ini sahaja sempat dirakam pada ketika itu. Unit yang ditemui ini masih lagi menggunakan model Geely Bin Yue varian Sport pemanduan sebelah kanan.

Boleh dikatakan hampir segenap pelusuk Semenanjung Malaysia telah dijelajah oleh unit ujian X50 dan berkemungkinan para jurutera Proton masih menguji ketahanan enjin, komponen, sistem elektronik, pemanduan dan pengendalian serta beberapa perkara lagi yang berkaitan. Kami beranggapan Proton sedang cuba mempercepatkan pembangunan model ini supaya ia boleh dilancarkan lebih awal dari jangkaan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Ketika ini kilang baharu Proton-Geely di Tanjung Malim sedang mempersiapkan unit pra-pengeluaran model Proton X70 pemasangan tempatan (CKD) yang bakal digunakan untuk pameran dan pandu uji. Mengikut jangkaan penganalisis ekonomi, model ini bakal diperkenalkan pada bulan November dan bakal menjadi model Proton pertama menggunakan lencana baharu.

Ia akan menggunakan lebih banyak kandungan tempatan dan harganya juga dijangka lebih rendah berbanding model siap bina (CBU) dari China. X70 CKD nanti bakal mempunyai beberapa varian termasuk 1.5 liter Drive E dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Nantikan info terbaharu dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply