ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daimler tak tahu di mana Kim Jong Un beli Mercedes-Maybach S600 Pullman Guard

Berita Global

Views

Pelik tapi benar. Daimler berkata mereka tidak tahu di mana Presiden Korea Utara Kim Jong Un membeli unit limosin Mercedes-Maybach S600 Pullman Guard kerana mereka tidak pernah berurus niaga dengan negara tersebut.

Menurut laporan Associated Press, kenderaan tersebut menjadi kenderaan rasmi Jong Un semasa mesyuarat bersama Presiden Rusia Vladimir Putin dan di sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Jualan barangan mewah termasuk limosin diharamkan diharamkan di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Korea Utara, yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada negara tersebut supaya menghentikan program senjata nuklear mereka.

Walaubagaimanapun, Kim Jong Un memiliki dua limosin yang menantinya di Rusia, sebuah Maybach S600 Pullman Guard dan Maybach 62. Pemimpin Korea Utara itu dipercayai menggunakan S600 Pullman untuk perjumpaannya dengan Presiden Trump di Singapura tahun lalu dan di Hanoi pada bulan Februari.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Jurucakap Daimler, Silke Mockert mereka tidak tahu bagaimana kenderaan tersebut dihantar ke Korea Utara kerana mereka tidak pernah berurus niaga dengan negara tersebut sejak lebih 15 tahun dan ia mematuhi sekatan dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk menghalang penghantaran ke Korea Utara dan ke mana-mana kedutaannya di seluruh dunia, Daimler telah melaksanakan proses kawalan eksport yang komprehensif. Jualan kenderaan oleh pihak ketiga, terutamanya kenderaan terpakai, berada di luar kawalan dan tanggungjawab mereka.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply