ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tips perjalanan di Lembah Klang pada bulan Ramadan dari Waze

Info

Views

Sempena ketibaan Ramadan, Waze menawarkan bantuan untuk membantu anda merancang perjalanan pulang dari kerja ataupun menjalankan tugasan di sekitar Lembah Klang di sepanjang bulan suci ini. Tersangkut dalam trafik ketika perjalanan untuk berjumpa keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa merupakan perkara terburuk yang boleh berlaku.

Berikut adalah masa-masa terbaik dan paling tidak sesuai untuk berada di atas jalan:

Kesesakan ketika menuju ke tempat kerja

Waze menjangkakan para pemandu yang menuju ke tempat kerja akan mengalami trafik yang lebih sesak berbanding trafik ketika menuju pulang ke rumah. Trafik dijangkakan sesak dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada hari kerja dan akan beransur pulih pada pukul 3 petang. Jadi, mereka yang bangun awal untuk bersahur dan bersolat patut mempertimbangkan permulaan yang lebih awal dan keluar dari rumah sebelum 8 pagi.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Masa terbaik dan paling tidak sesuai untuk ke restoran makanan segera

Inginkan snek lewat malam ataupun sarapan awal pagi di restoran makanan segera kegemaran anda? Tiada masalah! Semasa Ramadan, bila-bila masa selepas 9 malam merupakan waktu yang bagus untuk ke rangkaian makanan segera, terutamanya dari pukul 12 malam hingga ke 5 pagi.

Sebaliknya, masa yang perlu dielakkan untuk ke rangkaian makanan segera ialah dari 4 petang hingga ke 7 petang. Ini adalah kerana orang ramai sedang bersiap-sedia untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka pada masa ini.

Masa terbaik dan paling tidak sesuai untuk ke pusat beli-belah

Musim Ramadan merupakan masa penting bagi setiap tahun kerana pusat-pusat beli-belah akan dipenuhi ramai orang yang datang untuk membeli-belah dan menjamu selera. Pusat-pusat beli-belah di seluruh Malaysia sentiasa padat dari pukul 12 petang hingga ke 4 petang dan akan menjadi paling padat dari pukul 5 petang hingga ke 6 petang.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Sama keadaan dengan restoran-restoran makanan segera, ini adalah kerana ramai yang merancang untuk sampai ke rumah sebelum waktu berbuka puasa ataupun mereka yang merancang untuk berbuat sedemikian di pusat beli-belah yang terdekat. Mereka yang memerlukan “terapi beli-belah” ataupun membeli-belah boleh menuju ke pusat-pusat beli-belah mulai pukul 7 petang.

Masa terbaik dan paling tidak sesuai untuk singgah ke bank

Di sepanjang bulan Ramadan, trafik menuju ke bank-bank di seluruh Malaysia turun naik sepanjang hari. Dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi, terdapat peningkatan yang stabil dalam bilangan orang yang mengunjungi ATM. Trafik menuju ke bank akan meningkat selepas pintu dibuka secara rasmi pada 9.30 pagi, sebelum ia menjadi penuh dari pukul 12 tengah hari ke 3 petang. Jika anda hanya ingin mengeluarkan wang tunai di ATM, lakukannya selepas pukul 4 petang kerana orang ramai akan beransur-ansur pulang dan bilangan orang ramai akan menurun selepas itu.

Masa terbaik dan paling tidak sesuai untuk mengisi minyak

Jika anda ingin mengisi minyak, lakukannya pada awal pagi kerana anda tidak akan perlu beratur di mana-mana pam sebelum dan sekitar pukul 8 pagi! Bilangan orang akan meningkat mulai pukul 9 pagi dan anda patut mengelakkan stesen-stesen minyak ketika waktu puncak dari pukul 3 petang hingga ke 6 petang kerana orang ramai akan mengisi minyak dalam perjalanan pulang ataupun ke makan malam dengan keluarga dan rakan-rakan. Jika anda perlu mengisi minyak selepas kerja, buat sedemikian mulai pukul 7 malam kerana stesen-stesen minyak akan menjadi kurang sibuk selepas itu.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply