Sejak kebelakangan ini, trend mengubahsuai kenderaan menjadi ‘camper’ semakin menjadi kegilaan sesetengah individu. Kebiasaannya kita lihat motorhome, treler kembara dan van camper datang dalam pelbagai rupa dan saiz, namun lazimnya ia mempunyai saiz yang besar.
Walaupun jarang sekali kita lihat camper bersaiz kecil, ini tidak syarikat pengubahsuai kenderaan Daon TNT dari Korea Selatan, menghasilkan camper terbaharu mereka dari model cilik, Kia Ray. Sekilas pandang, model Daon TNT akan mengimbau kembali kenangan anda pada model Perodua Kenari kan?
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Ianya kecil, berbumbung tinggi dan berbentuk kotak. Kendatipun saiznya comel, namun kelengkapan yang ada padanya tidak boleh dipandang enteng. Camper cilik ini dilengkapi dengan beberapa kelengkapan asas sebuah camper seperti katil yang boleh memuatkan dua orang boleh dilipat, dapur kecil jenis gelongsor dengan satu tungku dan juga sinki.
Disebabkan saiznya yang kurang hampir sekaki dari model Mini Cooper, Daon telah memberikan rasa lebih lapang dengan memasang bumbung pop-naik yang juga boleh dijadikan sebagai tempat beradu untuk dua lagi individu. Jadi, kalau setakat tiga atau empat orang nak tidur dalam camper kecil ini tiada masalah!
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Apa lagi yang menarik? Ravy turut mempunyai pusat kawalan yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 100-Ah yang menyalurkan kuasa kepada slot pengecasan 220V, 12 V dan slot USB. Ia juga mempunyai bolong udara yang mengeluarkan haba panas dari alat pemanas. Yang kurang menarik pada model ini hanyalah tempat duduk yang terhad dan juga tiada meja kecil untuk makan.
Dengan saiz sekecil ini sudah pasti beberapa ciri camper besar seperti tempat mandi dengan pancuran air dan peti sejuk terpaksa dikorbankan. Sungguhpun begitu, dengan ruang yang sekecil ini, usaha yang dibuat oleh Daon boleh dipuji. Apa yang agak mendukacitakan, model ini hanya boleh didapati di negara asal K-Pop itu sahaja.
Anda boleh menonton video dibawah untuk info lebih lanjut
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI