ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelongan amal hasil seni model skala Arteon berjaya kumpul dana RM133,200

Berita Tempatan

Views
The inspiration behind the Arteon art cars | Volkswagen x Wei-Ling Gallery

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Wei-Ling Gallery telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM133,200 hasil daripada acara lelongan kebajikan hasil seni kereta Arteon yang diadakan di hotel W Kuala Lumpur. Hasil jualan daripada lelongan itu akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA). Sumbangan kecil turut diberikan kepada semua artis atas kerjasama mereka.

Lelongan itu merupakan hasil daripada kerjasama di antara Volkswagen dan galeri seni bagi meraikan pelancaran Arteon R-Line serba baharu. Menampilkan bakat 13 orang artis Malaysia, kolaborasi itu memberi peluang unik kepada pengumpul dan peminat seni untuk memiliki model-model skala Arteon yang telah diubah oleh para artis berkenaan menjadi arca yang cukup unik.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, merasa amat teruja melihat Seni dan Arteon bersatu dalam lelongan ini. Katanya, beliau turut gembira menyaksikan para pembida mengiktiraf nilai untuk memiliki hasil seni seperti ini yang akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan iaitu meningkatkan kesedaran terhadap kanser payudara.”

Pengasas dan Pengarah Galeri Lim Wei-Ling berkongsi pendapat yang sama dengan Erik tentang projek ini dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Volkswagen untuk merealisasikannya. Presiden BCWA, Ranjit Kaur pula menzahirkan rasa terima kasih kepada pembida yang sanggup mengeluarkan wang demi menyumbang kepada golongan wanita yang terjejas akibat kanser payudara.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Projek Arteon merupakan lanjutan kepada pameran “18@8 Turning Points” yang dijalankan oleh Wei-Ling Gallery. Ia diadakan dengan matlamat untuk meneroka masa lampau 13 orang artis menerusi pelbagai falsafah, teknik dan pendekatan estetika berbeza yang diserlahkan dalam bentuk hasil seni yang merangsang minda serta menonjolkan idealogi ini.

Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM225,490 dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Dengan pengecualian cukai yang ditawarkan sekarang, harga runcit Arteon R-Line serba baharu sehingga 31 Disember 2020 ialah RM220,043.28 seunit. Anda boleh melihat melihat hasil seni Arteon menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply