Beberapa hari yang lalu, tular satu hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Junaidir Jalal berkenaan salah seorang dari pemain ‘kutu’ untuk kerusi Recaro yang dianjurkan rakannya, terus senyap dan menyekat nombor setelah mendapatkan barangan tersebut.
Katanya:
untuk peringatan player2 kutu yg lain 😆😆😆..kalau rasa tak boleh bayar, awak roger je..jgn senyap dan block org..
dah dapat undi no 1, bila dh dapat barang, masih nk buat hal.. Oden Bowl sila bayar hutang..skrg ni dh nk masuk player no 9, ksian dorg sebab bila tak ckup org bayar, dia xkn dpt barang
awak mesti pelik kan sbb bila masa awak ada hutang sy, sebenarnya awak berhutang ngn kwn sy, tp hakikat dia awk berhutang ngn sy, sbb brg2 kami semua dr tempat yg sama
2 bulan dah nk masuk 3 bulan ni hutang, jgn la bagi bluetick bang, takut nanti blue JND 6393 tu pulak viral 😆😆😆
post ni untuk player kutu kwn sy, player kutu group sy kalau ada masalah degil gak, kita buat mcm ni je senang
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Junaidir Jalal berkata, dia memberi peringatan kepada pemain-pemain ‘kutu’ yang lain, sekiranya tidak boleh membuat pembayaran supaya jangan terus mendiamkan diri dan menyekat nombornya.
Tambahnya, pemain yang bernama ‘Oden Bowl‘ itu merupakan yang mendapat undi giliran nombor satu, namun setelah mendapat kerusi Recaro tersebut dia masih belum membayar hutang sehingga masuk giliran pemain yang kesembilan.
Ia menyebabkan pemain lain tidak mendapat kerusi itu kerana tidak cukup kouta bayaran. Tambah Junaidir Jalal, sudah hampir tiga bulan si ‘Oden Bowl’ berhutang dengannya dan hanya melihat mesejnya dibaca (tanda biru) oleh individu tersebut.
Dia juga mahu hutang tersebut dilangsaikan segera dan bimbang kereta Toyota Vios biru milik individu tersebut pula ‘tular’ di media sosial.
Junaidir Jalal sekali lagi menegaskan bahawa hantaran tersebut hanya untuk kumpulan kutu anjuran rakannya, dan sekiranya dalam kumpulannya ada yang berbuat demikian, dia tidak teragak-agak untuk menularkan individu tersebut di media sosial.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Junaidir Jalal
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI