ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jong-un bawa anak perempuan pantau pelancaran ICBM

Berita Global

Views

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menyelia ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang baharu bersama anak perempuannya buat kali pertama, lapor sebuah akhbar.

Perkara itu berlaku kelmarin ketika beliau mengisytiharkan akan menghadapi ancaman nukelar Amerika Syarikat (AS) dengan senjata nuklearnya sendiri.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan, peluru berpandu Hwasong-17 itu digelar sebagai ‘peluru berpandu raksasa’ oleh penganalisis-penganalisis.

Kata KCNA, pelancaran ‘sistem senjata strategik utama baharu’ itu berjaya. Agensi berita itu turut memaklumkan bahawa Jong-un memantau pelancaran Hwasong-17 bersama anak perempuan dan isterinya.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Imej yang dikeluarkan media pemerintah memaparkan beliau ditemani seorang gadis berjaket putih dan berkasut merah ketika berjalan di hadapan peluru berpandu itu.

Media rasmi Korea Utara tidak pernah menyebut tentang anak-anak Jong-un dan ini adalah pengesahan rasmi pertama bahawa beliau mempunyai seorang anak perempuan, kata beberapa pakar.

Laporan KCNA kelmarin bagaimanapun tidak menyebut nama anak perempuan Jong-un itu.

Bekas penganalisis CIA, Soo Kim berkata, pelancaran peluru berpandu Hwasong-17 menandakan ‘pengekalan program senjata rejim Jong-un yang penting untuk kelangsungan hidup beliau dan kesinambungan pemerintahan keluarganya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jelasnya, berdasarkan laporan media rasmi itu, pihaknya telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri generasi keempat keluarga Kim.

Jong-un merupakan cucu pengasas negara Korea Utara, Kim II Sung dan generasi ketiga keluarga itu yang memimpin negara. Beliau berkahwin dengan isterinya, Ri Sol-ju pada 2009, demikian menurut agensi perisikan Korea Selatan.

Sol-ju melahirkan anak pertama pada tahun berikutnya, manakala anak kedua dan ketiga masing-masing dilahirkan pada 2013 dan 2017, kata agensi itu.

Satu-satunya pengesahan sebelum ini mengenai kewujudan kanak-kanak itu datang daripada bekas pemain bola keranjang NBA, Dennis Rodman yang mendakwa pernah bertemu bayi perempuan Jong-un yang dipanggil Ju-ae semasa lawatannya ke Korea Utara pada 2013. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AFP

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply