ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diperintah mahkamah buat kerja khidmat masyarakat 120 jam, Mat Rempit ‘insaf’

Berita Tempatan

Views

Hukuman melakukan kerja khidmat masyarakat 120 jam memberi keinsafan buat dua remaja yang sebelum ini aktif dalam aktiviti lumba motosikal secara haram di daerah ini.

Dikenali sebagai Izam, remaja berusia 19 tahun itu dicekup pihak berkuasa dalam satu operasi khas banteras lumba haram tahun lalu apabila kamera polis membuktikan dia terbabit dengan aktiviti menyalahi undang-undang itu.

Bagaimanapun kerana di bawah umur ketika melakukan kesalahan, mahkamah memerintahkannya melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam di bawah seliaan Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

Menurut Izam, dia tidak pernah memikirkan mengenai keselamatan diri sendiri ketika berlumba walaupun sebelum itu terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan tangan dan kakinya patah, selama sebulan menerima rawatan di hospital.

Katanya, aktiviti lumba haram bersama beberapa rakan tidak lebih hanya seronok bagi memenuhi masa terluang pada hujung minggu selain terpengaruh dengan rakan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Bukan ada hadiah lumayan yang dikejarkan sebaliknya lebih kepada untuk mendapat kepuasan sebagai pelumba apabila dinobatkan sebagai juara seterusnya mendapat sanjungan rakan.

“Ketika berada diatas jalan pelbagai aksi merbahaya dipamerkan, antaranya meniarap di atas motosikal ala ‘superman’, zig-zag dan wheelie (angkat tayar hadapan).

“Takut tidak pernah ada dalam kamus dirinya sebagai mat rempit, menunggang motosikal yang diubah suai dengan laju bukan sahaja membahayakan kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Izam ditemui selepas melapor diri untuk melakukan kerja khidmat masyarakat di Pejabat Kebajikan Daerah Kuantan, semalam.

Katanya, episod ditangkap akhir tahun lalu apabila polis mengesan dia melakukan aksi ‘superman’ ketika berlumba dan anggota polis menggunakan kenderaan persendirian mengejar sebelum menahannya.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat selama 120 jam dan kini berbaki 50 jam, saya kini insaf dan berjanji tidak akan terbabit lagi dengan aktiviti lumba haram.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Kemahiran membaiki dan mengubah suai motosikal tidak akan digunakan untuk berlumba, hukuman dikenakan dan kemalangan yang hampir meragut nyawa menjadi pengajaran berguna buatnya.

Bagi Arfan, 20 (bukan nama sebenar) dia dikenakan hukuman kerja khidmat masyarakat selama 120 jam selepas terbabit dengan lumba haram awal tahun ini.

Arfan mula terbabit dengan lumba haram ketika berumur 14 tahun, aktiviti berkenaan lebih kepada suka-suka pada waktu malam setiap minggu. Lagipun, tiada hadiah ditawarkan kepada pemenang.

Pelajar sekolah agama itu, turut berjanji tidak akan terbabit lagi dengan aktiviti lumba haram, cukuplah sekali polis menangkapnya dan mahkamah menjatuhkan hukuman kerja khidmat masyarakat.

Dia turut menasihati remaja yang lain supaya tidak terbabit dengan aktiviti merempit kerana tidak berfaedah selain membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply