ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan mendap di Bentong, Menteri arah tindakan segera diambil

Berita Tempatan

Views

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan sudah mengarahkan semua agensi dan syarikat konsesi terlibat untuk mengambil tindakan segera terhadap kes jalan mendap di KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan pengguna laluan tersebut terjamin selepas kejadian yang berlaku semalam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menerusi hantaran Facebook, beliau ambil maklum berkenaan kejadian jalan mendap yang berlaku di KM66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak yang berlaku malam tadi.

Beliau juga telah mendapatkan maklumat daripada pegawai dan difahamkan kejadian berlaku sekitar 8.34 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian mendapan tanah berlaku di KM 66.1 arah barat dan timur, antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambahnya, status terkini semua lorong arah timur dan barat ditutup dan pengguna menghala ke arah Kuantan atau Karak dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke lebuh raya di Persimpangan Bentong Timur.

Pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) untuk ke Kota Bharu dibenarkan menggunakan Persimpangan CSR, manakala pengguna ke arah Kuala Lumpur dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke lebuh raya di Persimpangan Bentong Barat.

Tambah beliau, trafik dalam keadaan terkawal dan beliat juga telah mengarahkan jabatan dan agensi yang terlibat supaya memberikannya status terkini kejadian tersbeut dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Pantai Timur

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply