ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun tambang KTM Komuter sehingga 40 peratus bakal bermula 1 April

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik untuk pengguna perkhidmatan KTM Komuter! Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebook rasminya mengumumkan pemberian diskaun tambang KTM Komuter sehingga 40 peratus bakal bermula pada 1 April 2019.

Jemaah menteri telah menimbang dan bersetuju untuk melaksanakan diskaun kadar tambang sebanyak 20 peratus ke atas kadar tambang secara tunai dan nirtunai (cashless) bagi perkhidmatan komuter di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Bagi memastikan faedah dan kemudahan yang sama turut diperolehi oleh warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan KTMB (komuter di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan), pemberian diskaun sebanyak 20 peratus ke atas kadar tambang semasa melibatkan semua perkhidmatan komuter.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Diskaun ini adalah merangkumi semua jenis kadar tambang secara tunai mahupun nirtunai (cashless). Pengguna yang membuat perjalanan secara nirtunai (cashless) akan menikmati diskaun tambahan dalam lingkungan 20 peratus daripada kadar tambang secara tunai.

Sebelum ini mereka yang menggunakan kaedah ini menerusi kad KTM, MYKad dan Touch ‘n Go yang sudah menikmati diskaun tambang tiket sebanyak 20 peratus. Selain itu, diskaun konsesi sebanyak 50 peratus turut ditawarkan kepada golongan pelajar, warga emas, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak.

Pelaksanaan diskaun kadar tambang ini bakal mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan untuk tambang pengangkutan awam. Lebihan wang yang dijimatkan boleh digunakan untuk menampung kos sara hidup lain seperti kos makanan dan tempat tinggal yang merupakan kos sara hidup tertinggi selain kos tambang pengangkutan.

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply