ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type-R bakal ‘Helang Lebuhraya’ baharu?

Berita Tempatan

Views

Hari ini nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sohor kini (trending) di beberapa laman sosial dan juga portal automotif tempatan. Pagi tadi kami ada memuat naik artikel berkaitan motosikal jenama Benelli yang dikatakan milik polis, namun ia dinafikan dan hanya untuk tujuan tunggang uji sahaja.

Sejak malam tadi telah tular beberapa foto Honda Civic Type-R (FK8) yang memakai seragam polis dan ia dikatakan bakal menjadi ‘Helang Lebuhraya’ baharu menggantikan Mitsubishi Lancer Evolution X. Sebenarnya unit yang tular ini sedang menjalani ujian penilaian oleh pihak polis terlebih dahulu sebelum ia diterima sebagai kenderaan rasmi.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal diperkenalkan bulan depan?

Ia telah dipinjamkan oleh Honda Malaysia untuk tujuan tersebut dan bukannya hak milik polis lagi buat masa ini. Walaubagaimanapun, sekiranya ia menepati kriteria yang dikehendaki oleh polis, besar kemungkinan inilah ‘Helang Lebuhraya’ baharu yang bakal menjadi senjata ampuh kepada pasukan tersebut.

Dengan nadi enjin 2.0 liter turbo VTEC yang berkuasa 310 PS pada 6,500 rpm dan 400 Nm daya kilas, sudah pasti ia akan menggerunkan penjenayah semasa dalam tugasan yang memerlukan kenderaan yang berkelajuan tinggi. Jika di negara lain siap boleh pakai supercar jadi kereta peronda, tak salahkan PDRM terima model ini sebagai ahli keluarga baharunya nanti, betul tak?

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply