ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Diskaun tol 10 peratus di KLK dan LPT 1 sempena Tahun Baru Cina

Views

Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad mengumumkan insentif diskaun tol 10% kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Touch ’n Go dan SmartTag sebagai mod pembayaran sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pemberian insentif ini akan bermula dari jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam pada 28 Januari 2017. Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) turut dikeluarkan sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke Pantai Timur di musim perayaan ini. Untuk keselesaan pengguna dan kelancaran trafik di setiap plaza tol, pengguna disarankan untuk sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

Perkhidmatan tambah nilai di lorong tol beroperasi mengikut keadaan trafik. Sekiranya trafik mulai padat, operasi tambah nilai akan ditutup bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol. Pengguna boleh membuat tambah nilai kad Touch ‘n Go di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) kami di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan yang beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

Pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur untuk informasi terkini. Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) boleh dirujuk di bahagian bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Print

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply